Kerana Proklamasi Melayu Mahathir, PAS Berantakan

Kerana Proklamasi Melayu Mahathir, PAS Berantakan

Kerana Proklamasi Melayu Mahathir, PAS Berantakan

Minggu lepas, Presiden PAS, Hadi Awang, Naib Presiden PAS, Dr Samsuri dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkunjung ke rumah Dr Mahathir.

Tujuan kunjungan rombongan kepimpinan PAS adalah untuk menandatangani kerjasama antara PAS dan GTA.

Kerjasama yang dipersetujui di dalam Proklamasi Melayu yang ditaja oleh Dr Mahathir.

Rakyat menyambut dengan sinis dan dingin dengan pemahsyuran Proklamasi Melayu.



Namun penyokong tegar Dr Mahathir tetap menganggap ianya satu kejayaan besar.

Malah, tanpa segan silu mereka mengatakan kewujudan Proklamasi Melayu adalah satu mimpi ngeri buat Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ada asasnya mengapa rakyat menyambut sinis dan dingin Proklamasi Melayu yang dicetuskan oleh Dr Mahathir.

Ini bukan kali pertama Dr Mahathir menunggang derita bangsa Melayu untuk suvivor politik beliau.



Antaranya, cadangan mewajibkan tulisan Jawi dalam sukatan pelajaran di sekolah.

Kemudian tercipta pula Kongres Maruah Melayu dan kini Proklamasi Melayu.

Setiap kali nyawa politik beliau berada di hujung tanduk, maka beliau akan menunggang derita nasib bangsa Melayu.

Dan beliau akan menggunakannya sebagai talian hayat.

Namun ada sesuatu yang dilihat tidak kena dengan kunjungan kepimpinan tertinggi PAS ke rumah Dr Mahathir tempoh hari.

Kelibat Timb Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tidak kelihatan.

Bukan itu sahaja, tiada sebarang kenyataan yang Tuan Ibrahim keluarkan.

Mengapa?

Dari sumber yang diperolehi, Tuan Ibrahim dikatakan tidak bersetuju dengan Hadi Awang yang mahu berkerjasama dengan Dr Mahathir.

Tuan Ibrahim sedar, ahli PAS di akar umbi masih terluka dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa korban Tragedi Memali bukan mati syahid.

Malah dengan biadab Dr Mahathir mendakwa mereka semua mati katak.

Sumber daslaman PAS memaklumkan, gerakan sedang disusun untuk Tuan Ibrahim mengambil alih kepimpinan PAS dari Hadi Awang.

Lebih-lebih lagi, mereka menjangkakan agak sukar untuk Hadi Awang menang dalam petisyen bantahan keputusan PRU 15.

Bagaimana pun, tahniah kepada Dr Mahathir kerana sekali lagi telah berjaya memecahbelahkan kekuatan bangsa Melayu.

 

Kerana Proklamasi Melayu Mahathir, PAS Berantakan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker