Pahang memansuhkan keperluan mendapatkan tandatangan wakil rakyat

KUANTAN: Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang memansuhkan keperluan mendapatkan tandatangan wakil rakyat bagi semua permohonan biasiswa dan pinjaman pendidikan yang disediakan mulai tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata prosedur itu bertujuan untuk memudahkan pelajar membuat permohonan berkenaan secara dalam talian.

“Saya ingin memaklumkan, mulai tahun ini kerajaan negeri memansuhkan tandatangan bagi permohonan biasiswa yang perlu ditandatangani wakil rakyat atau wakil yang dilantik.

“Oleh itu saya harap Ahli Yang Berhormat (wakil rakyat) boleh menyebarkan perkara ini supaya pelajar di kawasan masing-masing boleh membuat permohonan secara dalam talian tanpa perlu ditandatangani wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rosli Abdul Jabar (PN-Tanjung Lumpur) pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Pada mesyuarat itu, Rosli memohon penjelasan kenapa wakil rakyat pembangkang tidak diberikan kelayakan untuk menandatangani borang biasiswa kepada pelajar di kawasan DUN yang dimenangi.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button