Kenapa Kluster Broker UMNO  tidak desak Muhyiddin letak jawatan?

 

Oleh Adam Malik

Hari ini Jumaat , 26/5/2023 , pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia , Tan Sri Muhyidin dihadapkan kemahkamah atas pertuduhan rasuah dan wang haram.



Pertuduhan ini sahaja sudah melayak kan Muhyiddin bergelar ‘Kluster Mahkamah”.

Kluster Mahkamah ada la terma digunakan Ketika pemimpin pemimpin UMNO didakwa oleh kerajaan Tun Mahathir berkuasa.

Tanpa melihat kandungan kes dan perjalanan kes, cukup sahaja dengan  gelaran ini UMNO hampir lumpuh.



Pada satu Pilihanraya kecil , Presiden UMNO dipaksa berehat dan tugas dipangku oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Muhamad Hassan @ Tok Mat.

Namun , Ia permulaan kemenangan UMNO pada PRK dengan Kerjasama PAS setelah tewas pada 5 PRK sebelum nya.

Maka , pada kronoloji Seterus nya , hubungan UMNO dan PAS diganggu pula oleh pihak luar dengan pergunakan parti BERSATU.



Jika dari luar Parti Bersatu digunakan , dari dalalam UMNO pula, puak yang ada kes dan ada masalah pula digunakan untuk kucar kacir kan UMNO.

Mereka mereka ini yang bergelar Kkuster Broker @ Pengkhianat saban hari mendesak Presiden UMNO meletak kan jawatan dan undur diri.

Setelah Mahathir gagal bubarkan UMNO melalui ugutan terhadap Ahmad Zahid Hamidi , maka cara ini pula digunakan.

Kluster Broker ini pula melakukan pelbagai cara untuk kucar kacir kan UMNO , lebih buruk lagi mereka ber’tuan’kan pihak luar parti terutama nya Muhyiddin Yassin secara terangan dan Mahathir dari belakang tirai.



Kini, dengan takdir yang tidak diduga , pemimpin Parti Bersatu Muhyiddin Yassin pula dihadapkan ke mahkamah atas peuduhan rasuah dan wang haram.

Tiada unsur unsur kes rekaan pun , kerana semua nya lengkap ada saksi dan bukti dan tidak seperti kes Datuk Seri Najib Razak dimana saksi utama tiada dalam mahkamah dan ketiadaan bukti pendakwa dan bukti pembela dotolak dan Hakim tidak mengupas hujah melawan bukti pembela.

Persoalan disini , kemana pergi Kluster Broker UMNO?

Kenapa mereka tidak melaung laung supaya Muhyiddin mesti undur dan letak jawatan?



Kenapa mereka tidak berani mengejek ejek dan persenda supaya Presiden Bersatu segera undur dan letak jawatan seperti mereka mendesak Presiden UMNO?

Adakah ini pembuktian mereka sememang nya pengkhianat dan berkerja untuk ‘tuan’ mereka yang berada diluar parti?

Mana suara suara Kluster Broker?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button