Kontinjen negara capai sasaran 33 emas

Kontinjen negara capai sasaran 33 emas

Kontinjen negara capai sasaran 33 emas
Reaksi para penyokong Malaysia mengangkat poster ‘33 Emas’ sebaik pasangan Chee Chaoming- Brady Chin memenangi pingat Emas menerusi acara beregu Lelaki Kelas 9 di Table Tennis Hall, Stadium Morodok Techo. Foto BERNAMA

PHNOM PENH: Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.

Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming- Brady Chin menerusi acara pingpong beregu lelaki (kelas 9- masalah keseimbangan ringan) selepas menundukkan pasangan Filipina Linard Combras dan Benedicto Hernandez di Dewan Pingpong, Stadium Nasional Morodok Techo di sini hari ini.

Mereka cemerlang mencatatkan kemenangan 11-8, 11-7 dan 11-8 pada aksi final untuk memenangi pingat emas itu.



Kontinjen negara capai sasaran 33 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat Emas menerusi gandingan Chee Chaoming- Brady Chin dalam acara beregu Lelaki Ping Pong Kelas 9 di Table Tennis Hall, Stadium Morodok Techo. Foto BERNAMA

Majlis Paralimpik Malaysia sebelum ini menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada penampilan di Kemboja. – BERNAMA

Kontinjen negara capai sasaran 33 emas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button