Benarkah Dakwaan Idris Ahmad Bahawa Undi UMNO Berarti Undi Deklarasi Setapak DAP?

Benarkah Dakwaan Idris Ahmad Bahawa Undi UMNO Berarti Undi Deklarasi Setapak DAP?

Benarkah Dakwaan Idris Ahmad Bahawa Undi UMNO Berarti Undi Deklarasi Setapak DAP?

Selepas bersekutu dengan Dr Mahathir di dalam Proklamasi Melayu, PAS dilihat berusaha untuk menunggang bangsa Melayu sebagai modal kempen politik mereka.

Mungkin PAS sudah menyedari usaha menunggang agama sebagaimana kelaziman yang dilakukan kini sudah kurang berkesan.

Sejak kebelakangan ini, pemimpin PAS sendiri sudah ada yang dikaitkan dengan jenayah rasuah.

Presiden PAS berkemungkinan besar hilang kerusi parlimen Marang kerana didakwa terlibat dalam jenayah merasuah pengundi di parlimen Marang.



Jangan lupa Hadi Awang juga pernah dikaitkan dengan bayaran kontroversi sebanyak RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown.

Gagal merealisasikan RUU 355 ketika PAS mempunyai kuasa sebagai menteri agama dan undang-undang di peringkat pusat.

Semua ini telah membuka mata rakyat dan membuatkan PAS dilihat sebagai parti penunggang agama.

Setelah tembelang mereka pecah, PAS cuba pula memainkan watak sebagai hero kepada pejuang bangsa Melayu untuk mengaburi rakyat.



Dalam satu ceramah politik menjelang pilihanraya di 6 negeri, naib presiden PAS mendakwa satu undi untuk UMNO berarti satu undi untuk Deklarasi Setapak DAP.

Apa itu Deklarasi Setapak DAP dan bila ianya dibuat serta adakah ianya masih menjadi pegangan DAP hingga sekarang?

Deklarasi Setapak DAP diisytihar oleh DAP yang berada di bawah kepimpinan Setiausaha Agung DAP ketika itu, Lim Kit Siang, pada tahun 1967.



Ia adalah sebagai terjemahan perjuangan DAP yang menentang prinsip pengasingan rakyat kepada dua kelompok, Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Ketika itu DAP dikecam hebat oleh pemimpin dan akar umbi UMNO kerana Deklarasi Setapak jelas bertentangan dengan 4 perkara teras dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penulis mahu bertanya kepada Idris Ahmad dan pemimpin PAS yang ada sekarang.

Adakah mereka juga turut lantang menentang Deklarasi Setapak DAP ketika itu?



Bukankah Hadi Awang ketika itu adalah Ketua Pemuda PAS?

Di mana suara Hadi Awang ketika itu?

Kalau PAS Boleh Berubah Dari Parti Penunggang Agama Kepada Parti Penunggang Bangsa, Kenapa Pula DAP tidak Boleh Berubah?

Adakah DAP sekarang masih berpegang teguh dengan Deklarasi Setapak 1967?

Dari pencarian penulis di laman web DAP, dalam senarai deklarasi DAP yang masih diguna pakai, Deklarasi Setapak sudah tidak wujud lagi.



Yang ada hanya Deklarasi Shah Alam (2012) dan Deklarasi DAP@50: Lembaran Baru Untuk Rakyat Malaysia (2016).

Dalam Deklarasi Shah Alam (2012), secara jelas ianya bertentangan dengan apa yang ada dalam Deklarasi Setapak 1967.

Di bawah tajuk Impian Bangsa Malaysia Deklarasi Shah Alam 2012, dengan jelas mencatatkan DAP komited mempertahankan 4 perkara teras Perlaembagaan Persekutuan.

4 perkara tersebut adalah mengenai:



  1. Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
  2. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra
  3. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan
  4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Komitmen yang sama diulang sekali lagi di dalam Deklarasi DAP@50: Lembaran Baru Untuk Rakyat Malaysia (2016).

Ini menunjukkan prinsip perjuangan DAP kini sudah berubah dengan memperakui serta komited mempertahankan 4 perkara teras dalam Perlembagaan Persekutan.

Kalau PAS boleh berubah dari parti penunggang agama kepada parti penunggang bangsa, kenapa pula DAP tidak boleh berubah?

 

Benarkah Dakwaan Idris Ahmad Bahawa Undi UMNO Berarti Undi Deklarasi Setapak DAP?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button