Angka kematian serangan senjata di ibu pejabat polis meningkat
Angka kematian serangan senjata di ibu pejabat polis meningkat
HANOI: Angka kematian akibat serangan senjata api di dua ibu pejabat polis di tanah tinggi tengah Vietnam kini meningkat kepada sembilan, termasuk empat pegawai polis,” kata pihak berkuasa, hari ini.
Setakat ini, seramai 26 orang sudah ditahan berhubung kejadian itu yang berlaku awal pagi semalam di daerah Cu Kuin di wilayah Dak Lak, menurut laman sesawang kementerian keselamatan awam (MPS).
Pada awal pagi semalam, sekumpulan penunggang motosikal menggunakan senjata api berbahaya dengan menyerang dan merosakkan ibu pejabat jawatankuasa rakyat di Ea Tieu dan Ea Ktur.
Empat pegawai polis, dua pegawai tempatan dan tiga orang awam maut manakala dua pegawai polis parah. Pihak polis kini sedang mencari lebih ramai suspek.
Laporan sebelum ini memaklumkan dua orang yang dijadikan tebusan oleh penyerang telah dibebaskan, manakala seorang lagi yang ditahan berjaya melarikan diri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Marah Ismail Sabri, Kesian Dia…
- Laungan “Bebaskan Bossku” dalam PAU bukti ahli UMNO mahu Najib dibebaskan secepat mungkin
Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?
Sesetengah puak di kawasan itu, secara kolektif dikenali sebagai Montagnards yang memihak kepada selatan yang disokong Amerika Syarikat semasa perang Vietnam yang berlangsung selama beberapa dekad.
Ada yang meminta lebih banyak autonomi, sementara yang lain di luar negara menyokong kemerdekaan untuk rantau ini.
Beberapa media negeri menarik balik laporan mereka mengenai kejadian itu, sebelum menerbitkannya semula beberapa jam kemudian.
Keganasan senjata api sangat jarang berlaku di Vietnam dan warganegaranya haram untuk memiliki senjata api manakala pasaran gelap untuk senjata adalah terhad. -AFP
Angka kematian serangan senjata di ibu pejabat polis meningkat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri harus terima hakikat tindakan nya antara punca kekalahan UMNO.
- Ke Mana Hilangnya Harta UMNO Ketika Mahathir Menjadi Presiden?
- Benarkah Dakwaan Idris Ahmad Bahawa Undi UMNO Berarti Undi Deklarasi Setapak DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?