Ustaz Wadi Pejelas Isu Hadir Majlis Resepsi Ala Barat Janna & Dini [VIDEO]

Hukum Tetap Hukum

Ustaz Wadi Pejelas Isu Hadir Majlis Resepsi Ala Barat Janna & Dini [VIDEO]
Ustaz Wadi Pejelas Isu Hadir Majlis Resepsi Ala Barat Janna & Dini [VIDEO]

 

Hangat diperkatakan baru-baru ini apabila kehadiran pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar yang hadir ke majlis perkahwinan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Scatzmann.

 

Ustaz Wadi bagaimanapun tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.Raikan pengantin & bacaan doa

 



Ustaz Wadi Pejelas Isu Hadir Majlis Resepsi Ala Barat Janna & Dini [VIDEO]

 

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Wadi atau nama sebenarnya Mohamad Wadi Annuar Ayub berkata beliau menerima jemputan ke majlis tersebut adalah untuk meraikan mempelai selain diundang untuk membaca doa.

Saya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan dan bacaan doa. Bila hari kejadian saya pun pergi dan bila sampai di majlis perkahwinan tersebut, pengantin tak ada lagi.

Kemudian selepas beberapa minit, pengerusi majlis memberi sedikit kata-kata pembukaan dan kemudian dia umum untuk saya baca doa dan pengantin belum tiba.



 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?


Beliau menjelaskan bahawa, selepas ketibaan pengantin beliau memberitahu pembantu peribadinya untuk terus pulang dan tidak dapat berada di majlis itu sehingga selesai.



Jadi saya baca doa di majlis itu, saya tak tahu lah apa yang ‘riuhnya’. Selesai baca doa saya pun duduk kembali dan selepas beberapa minit diumumkan ketibaan pengantin.

Setelah pengantin sampai, saya pun melihat dan saya memberitahu kepada pembantu saya, ‘kita kena terus balik, Ustaz tak dapat nak teruskan majlis.’

Dalam pada itu, Ustaz Wadi juga mengambil keputusan untuk tidak makan atau bergambar.

Jadi saya ambil keputusan untuk tidak makan, tidak bergambar, tidak bersama dengan tentatif majlis. Selepas pengantin berucap saya pun beredar dan terus balik.



Saya pun tak tahu apa yang akan berlaku, saya hanya dijemput untuk makan kenduri dan baca doa. Tetapi apabila melihat keadaan begitu, saya terus ajak pembantu saya dan kami balik. Boleh tanya penganjur. Kami memberitahu kepada tuan rumah untuk minta diri dahulu, minta maaf dan terus balik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Janna Nick & Dini Schatzmann Selamat Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz


Bertepatan dengan ajaran Islam

Ustaz Wadi Pejelas Isu Hadir Majlis Resepsi Ala Barat Janna & Dini [VIDEO]



Tambah beliau lagi, apa yang dilakukannya itu adalah bertepatan dengan ajaran agama Islam iaitu tidak memberi sebarang tanggapan buruk terhadap orang lain.

Itu yang diajarkan oleh ahli agama Islam, kita tidak memalukan orang, tidak menimbulkan persepsi yang negatif, tidak menjatuhkan tuduhan fitnah kepada orang.

Hukum tetap hukum tetapi dalam masa yang sama kita tidak mengeruhkan keadaan atau menimbulkan fitnah.

Alhamdulillah tenang pengantin pun ok tak ada rasa apa-apa, saya pun menghadiri kenduri kahwin iaitu wajib dan apabila sampai baru saya tahu keadaan itu, saya terus beredar dan itulah yang diajarkan oleh Islam.



Terdahulu, susulan kehadiran Ustaz Wadi ke majlis perkahwinan tersebut, ramai warganet yang melemparkan kritikan kerana melihat majlis resepsi ala barat tidak sesuai untuk dihadiri oleh agamawan selain pengantin perempuan, Janna Nick yang dilihat tidak menutup aurat.

@wardatulsakinah_

ustaz Wadi anuar beri penjelasan isu di majlis perkahwinan Janna nick..semoga netizen jgn bersangka buruk dan terus doakan yg baik2 saja utk ustaz kesayangan rakyat Malaysia #ustazwadiannuar

♬ original sound – Nana Bella – Nana Bella

Sumber: TikTok

Ustaz Wadi Pejelas Isu Hadir Majlis Resepsi Ala Barat Janna & Dini [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button