Harimau Malaya sedia ‘mengaum’
Harimau Malaya sedia ‘mengaum’
KUALA TERENGGANU: Pertahanan skuad kebangsaan, Matthew Davies mengakui moral semua pemain berada pada tahap tertinggi untuk berdepan Kepulauan Solomon dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam esok.
Bagaimanapun bek kanan berusia 28 tahun itu menyifatkan bukan mudah untuk menentang skuad kendalian Felipe Vega Arango yang berada pada ranking lebih baik iaitu ke-134 dunia berbanding Harimau Malaya ke-138.
“Saya begitu gembira kerana dapat kembali bersama pasukan kebangsaan, ia sangat penting bagi kami untuk berdepan cabaran pasukan di ranking lebih baik sebelum menentang pasukan di kedudukan ke-159 dunia, Papua New Guinea dalam satu lagi aksi persahabatan 20 Jun ini.
“Beraksi di tempat sendiri, moral dan prestasi kami berada pada tahap tinggi dan terbaik, namun kami perlu berwaspada dengan taktikal lawan selain harus memanfaatkan peluang untuk disudahkan dengan jaringan.
“Saya setuju dengan pandangan Kim Pan Gon (jurulatih Harimau Malaya), menang itu penting, tapi lebih penting bagaimana kami mengikut arahan dan taktikal barisan jurulatih,” kata Davies.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Hala Tuju Pemuda UMNO Di Bawah Kepimpinan Dr Akmal?
- Majlis Ulama UMNO Perlu Di Berikan Peranan Yang Lebih Besar
Ketika ditanya adakah dia bersedia untuk ‘dinaikkan pangkat’ sebagai kapten pasukan, bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu enggan memikirkannya kerana ia adalah keputusan jurulatih.
“Bagi saya siapa pun jadi kapten sebenarnya tidak penting, namun apa yang penting kami perlu memperagakan aksi terbaik,” katanya.
Harimau Malaya sedia ‘mengaum’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah
- 2 DIN Terkebil-Kebil Dalam Parlimen Bila Di Belasah PM
- UMNO undang kecelakaan jika pengkhianat dibawa masuk semula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :