Nawo tak sabar jumpa Harimau Malaya
Nawo tak sabar jumpa Harimau Malaya
KUALA TERENGGANU: Kapten pasukan Kepulauan Solomon, Joses Nawo mengakui tidak sabar turun beraksi bertemu Malaysia dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam esok.
Tonggak tengah berusia 35 tahun itu menjelaskan perlawanan berdepan Harimau Malaya adalah penampilan pertama di negara ini dan lebih manis jika pasukannya berjaya meraih kemenangan.
Pemain yang beraksi dengan pasukan Henderson Eels dalam Liga Solomon berkata, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan sudah pasti ia perlawanan yang sengit.
“Saya menjanjikan aksi terbaik dalam perlawanan malam esok dan sudah pasti kedua-dua pasukan mahu merakam kemenangan.
“Namun, dalam masa sama kami juga perlu mengawasi beberapa pemain Harimau Malaya yang dijangka memberi ancaman kepada pasukan kami,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Hala Tuju Pemuda UMNO Di Bawah Kepimpinan Dr Akmal?
- Majlis Ulama UMNO Perlu Di Berikan Peranan Yang Lebih Besar
Pemain kelahiran Honiara, Kepulauan Solomon itu berkata, perlawanan dengan Harimau Malaya juga perlu digunakan sebaik mungkin untuk menguji kekuatan negara itu.
Menurutnya, dia tidak mahu rakan sepasukan memikirkan soal ranking kedua-dua pasukan, sebaliknya turun dengan aksi penuh bertenaga.
“Sudah pasti, apabila bertemu pasukan yang bertaraf bintang, ia menjadi tugas berat buat mana-mana pasukan.
“Bagaimanapun, kita akan turun dengan corak permainan yang diterapkan jurulatih dan yang pasti kami akan memberi tentangan kepada Harimau Malaya,” katanya.
Nawo tak sabar jumpa Harimau Malaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah
- 2 DIN Terkebil-Kebil Dalam Parlimen Bila Di Belasah PM
- UMNO undang kecelakaan jika pengkhianat dibawa masuk semula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :