Waris nahas kapal selam Titan masih boleh saman OceanGate

Waris nahas kapal selam Titan masih boleh saman OceanGate

Waris nahas kapal selam Titan masih boleh saman OceanGate
Penumpang yang maut Hamish Harding (atas, kiri), Stockton Rush (atas, kanan), Paul-Henri Nargeolet, Suleman Dawood dan dan bapanya, Shahzada Dawood. – Foto AFP

BOSTON: Perjanjian berlaku kematian ditandatangani penumpang kapal selam yang meletup dekat bangkai kapal Titanic, mungkin tidak melindungi pemilik kapal itu daripada tindakan saman oleh keluarga mangsa.

Kapal selam Titan dikesan hilang Ahad lalu hampir dua jam selepas memulakan perjalanan, sebelum serpihannya ditemui di dasar laut, dengan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengatakan kapal selam itu meledak, akibat tekanan amat tinggi di dasar laut.

Penumpangnya yang membayar sejumlah AS$250,000 (RM1.2 juta) seorang untuk menyertai perjalanan sedalam 3,810 meter dari permukaan laut, dipercayai menandatangani dokumen penepian tanggungjawab, jika berlaku kematian.



Seorang wartawan CBS yang menyertai Ekspedisi OceanGate pada Julai tahun lalu, melaporkan penepian yang ditandatanganinya menyebut mengenai kemungkinan maut sebanyak tiga kali di halaman pertama.

OceanGate tidak memberi maklum balas ketika diminta mengulas mengenai dokumen itu setakat Khamis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Beri ancaman kerajaan akan bertukar antara faktor pelabur lari




Sisa kapal Titanic terletak di dasar laut di Atlantik Utara pada kedalaman kira-kira 3,800 meter.

Selain itu, mereka menyifatkan tragedi menimpa Titan kes terpencil, berikutan OceanGate Inc of Everett, Washington yang membangunkan kapal selam berkenaan memilih untuk tidak mendapatkan sijil atau tauliah operasi laut, bertentangan dengan konvensyen industri.

Menurut pakar industri, lima penumpang yang menaiki Titan ialah korban pertama yang diketahui dalam tempoh lebih 60 tahun sejak orang awam mula mengikuti misi kapal selam.

Pakar industri sukar menjangka perubahan yang akan berlaku, susulan kemalangan itu berikutan tempat Titan dan kapal selam lain beroperasi tidak terikat dengan mana-mana peraturan, selain tiada mana-mana kerajaan yang mengawal perairan antarabangsa, seperti laporan REUTERS.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perangai Pelik Ahli UMNO


AFP pula melaporkan, Pengawal Pantai AS berkata, analisis menunjukkan serpihan yang ditemui di dasar laut menyamai objek dengan letupan ruang tekanan kapal selam itu.

Lima penumpang kapal itu dianggap sudah meninggal dunia, menurut OceanGate Expeditions, yang mengendalikan kapal selam itu.



Profesor kejuruteraan di Imperial College, London, Roderick Smith, berkata letupan boleh disebabkan kecacatan pada badan kapal atau atas sebab lain.

Katanya, kapal selam itu musnah dalam milisaat selepas dihancurkan tekanan air yang amat tinggi.

Keadaan ini menyebabkan kematian serta-merta kepada penumpang. AGENSI

Waris nahas kapal selam Titan masih boleh saman OceanGate
Robot dasar laut Victor di atas kapal penyelidikan Perancis membantu mencari Titan, kelmarin. – Foto AFP

Waris nahas kapal selam Titan masih boleh saman OceanGate

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button