Pesawat kecil terhempas di Papua, Indonesia

Pesawat kecil terhempas di Papua, Indonesia

Pesawat kecil terhempas di Papua, Indonesia
Pesawat Cessna berlepas dari Lapangan Terbang Elelim di Wilayah Papua pada 10.53 pagi ini. – Foto hiasan

JAKARTA: Sebuah pesawat kecil yang membawa empat penumpang dan dua anak kapal terhempas di kawasan pergunungan di daerah Yalimo, Papua, lapor media tempatan pada Jumaat.

Pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan tempat nahas pesawat secara fizikal pada 4 petang waktu Indonesia barat.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai mangsa yang terkorban kerana pihak berkuasa tempatan akan memulakan proses pemindahan esok.



Pesawat Karavan Cessna 208 berlepas dari Lapangan Terbang Elelim di Wilayah Papua pada 10.53 pagi dan sepatutnya tiba di Poik pada 11.06 pagi.

Penerbangan yang dikendalikan oleh Semuwa Aviasi Mandiri (SAM) Air terputus hubungan dengan menara kawalan beberapa minit selepas berlepas.

Visual pesawat yang terhempas tular di media sosial, memaparkan asap tebal dari tempat nahas. – BERNAMA

Pesawat kecil terhempas di Papua, Indonesia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button