Satu enjin tidak dimatikan, petugas maut disedut enjin pesawat
Satu enjin tidak dimatikan, petugas maut disedut enjin pesawat
AUSTIN: Seorang pekerja kontrak syarikat penerbangan Delta terbunuh selepas disedut ke dalam enjin sebuah pesawat di Lapangan Terbang San Antonio, Texas.
Lapor Daily Mail, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.25 malam (waktu tempatan) pada Jumaat lalu.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kru darat syarikat penerbangan itu meninggal dunia selepas disedut masuk ke dalam enjin pesawat Delta Airlines.
“NTSB sudah menghubungi Delta dan syarikat penerbangan itu ketika ini dalam proses pengumpulan maklumat,” jelasnya.
Ketika kejadian, pesawat Delta 1111 baru tiba dari Los Angeles dan menuju ke parkir ditetapkan di landasan lapangan terbang itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Tony Pua: UMNO Harus Lebih Bijak
- Apa Sumbangan MCA dan MIC Untuk Memulihkan Barisan Nasional?
- Pahang negeri pemerintahan BN bertambah gah dengan pembukaan Lebuh raya baru bebas tol
“Pada masa itu, hanya satu enjin pesawat masih hidup sehingga menyebabkan pekerja terbabit disedut masuk lalu terbunuh,” jelas laporan itu.
Dilaporkan, pesawat itu kekal diparkir di pintu masuk sehingga keesokan harinya dan semua penerbangan di lapangan terbang itu ditangguhkan buat sementara waktu.
Pihak berkuasa kini menyiasat kes kematian kru darat syarikat penerbangan itu.
Sementara itu, syarikat penerbangan Delta dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya amat sedih dengan berita kehilangan pekerja itu.
“Doa dan ingatan kami bersama ahli keluarga mangsa ketika mengharungi waktu sukar ini,” jelasnya.
Satu enjin tidak dimatikan, petugas maut disedut enjin pesawat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
- PN Sudah Ketandusan Isu?
- Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN