EZ Qurban mahu laksana korban dan akikah di lebih banyak negara
EZ Qurban mahu laksana korban dan akikah di lebih banyak negara

Kuala Lumpur: EZ Qurban memaklumkan sentiasa mencari peluang dan ruang bagi meluaskan capaian pelaksanaan korban dan akikah ke negara-negara lain.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Fadzlullah Hasanuddin berkata, sehingga 2023, pihaknya mencapai lebih 41 negara dalam pelaksanaan korban dan akikah.
“Insya-Allah kami akan menggandakan capaian negara sehingga ke pelusuk dunia dengan hanya satu matlamat iaitu menyebarluaskan manfaat kepada ummah,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadzullah berkata, pihaknya turut melihat sambutan daripada rakyat Malaysia terhadap program korban dari dalam dan luar negara pada tahun ini amat memuaskan walaupun negara menghadapi keadaan ketidaktentuan ekonomi.
“Rata-rata menunaikan tanggungjawab walaupun dengan satu bahagian lembu korban,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
Menyentuh mengenai program korban dianjurkan pihaknya, Ahmad Fadzullah berkata, ia menerima sambutan yang memberangsangkan.
Beliau berkata, perkara ini dibuktikan melalui program korban perdana dengan kerjasama stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Waqaf Annur yang berlangsung di Johor Bahru, hari ini.
“Lebih 8,000 penerima daging korban di sekitar Johor yang terbabit dalam program korban EZ Qurban.
“Dan baru-baru ini, pada hari raya pertama (Aidiladha) program korban dengan kerjasama Harian Metro di bawah Program Titipan Kasih Korban yang dijalankan di Felda Chemomoi, Pahang, juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk,” katanya.
EZ Qurban mahu laksana korban dan akikah di lebih banyak negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :