CGB bangunkan pembangunan bercampur RM42 juta di Pendang

CGB bangunkan pembangunan bercampur RM42 juta di Pendang

CGB bangunkan pembangunan bercampur RM42 juta di Pendang
Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Abdul Rahman Din (kiri) bersama Lee pada majlis menandatangani perjanjian semalam.

PETALING JAYA – Central Global Berhad (CGB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Central Global Development Sdn. Bhd. (CGD) semalam memeterai Perjanjian Kerjasama dengan Permodalan Kedah Berhad (PKB) untuk projek pembangunan bercampur dengan nilai pembangunan kasar RM42.3 juta di Mukim Bukit Raya, Pendang.

Ia merangkumi tanah pajakan seluas 4.7 hektar itu akan menyaksikan CGD membangunkan 20 unit lot kedai/pejabat dua tigkat, 46 unit rumah teres dua tingkat dan 53 unit rumah teres satu tingkat.

Projek dijangka bermula dalam tempoh satu tahun dan dijangka siap dalam lima tahun.



Pengarah Eksekutif CGB, Jacky Lee berkata, permintaan untuk hartanah kediaman di Kedah terus menggalakkan dan projek berkenaan merupakan kaedah terbaik bagi memanfaatkan kepakaran pembinaan Kumpulan.

“Pada masa yang sama, kami berbesar hati untuk menyumbang kepada usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk memajukan pembangunan ekonomi khususnya dalam pembangunan hartanah.

“Perjanjian ini juga menyediakan sinergi yang sesuai dengan pelan pembesaran kami memandangkan pendedahan sedia ada CGB dalam sektor pembinaan di wilayah utara Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan.

CGB bangunkan pembangunan bercampur RM42 juta di Pendang

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button