Hutang Peneroka FELDA, ini penjelasan Ketua Peneroka

 

Oleh – Editor


Hutang Peneroka FELDA, ini penjelasan Ketua Peneroka

Sebagai ketua Peneroka Kebangsaan Felda,saya tampil untuk menceritakan perkara yg sebenar..

1.Penghapusan hutang2 Peneroka adalah PERJUANGAN wakil-wakil Peneroka di bawah Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP ),yg mana saya sebagai Ketua Peneroka Kebangsaan..

2.Kami melihat,15 tahun Felda tidak mengeluarkan Penyata hutang kepada Peneroka,byk rungutan dari Peneroka,ada hutang yg tak wajar,saya bagi salah satu contoh.



Sepatutnya membaja setahun 5 kali,tapi Felda buat 2 kali,cas hutang pada Peneroka 5 kali,ini salah satu sebab Peneroka ragu dan tak puas hati, banyak sebab lagi.

Selaku Ketua Peneroka Kebangsaan Felda,saya telah berbincang perkara ini bersama Pengerusi Felda YB Tan Sri Idris Jusoh dimasa itu. Jalan Penyelesaiannya,Felda kena hapuskan hutang2 Peneroka sehingga 2019..

Perkara ini dipersetujui bersama oleh Felda dan Peneroka,Felda telah merangka kaedah pemotongan ini.

3.Apabila Pemansuhan ini berlaku,Felda telah berjumpa Kerajaan dimasa itu,yg mana Ts Mahyuddin selaku Perdana Menteri.

Apabila Pemansuhan ini berlaku,Felda sudah hilang punca pendapatan,bagaimana nak bayar hutang2 Bank dan Kwsp serta lain-lain.

KERAJAAN SETUJU KELUARKAN SUKUK RM9.9 BILLION DENGAN JAMINAN

Kerajaan dimasa itu telah bersetuju untuk mengeluarkan SUKUK RM 9.9 bilion dgn JAMINAN Kerajaan..

4.Dengan dapat Jaminan Kerajaan itu, Bank telah mengeluarkan kewangan untuk disalurkan kepada Felda.

5.Saya sendiri bersama Tan Sri Idris Jusoh,Presiden MBFM,Presiden KAF dan Wakil dari Pengurusan Felda berjumpa Tan Sri Mahyuddin di Pejabat PM di Parlimen.

Setelah diberi Penerangan mengenai SUKUK ini,kami berpuas hati dan mengucapkan Jutaan T.kasih kepada YAB PM.

MUHYIDDIN INGATKAN BUKAN PERCUMA TETAPI PERLU BAYAR BALIK



6.Semasa dlm penerangan,YAB PM berkali2 bercakap,Ingat..ini bukan Percuma,kena bayar balik,sehingga lah semasa bersalam hendak pulang dgn PM,PM masih mengulangi ayat..ingat,ini kena bayar balik.

7.Setelah Kewangan dapat dari Bank2,Felda telah membayar segala hutang2nya,termasuk untuk Felda membeli saham2 FGV yg mana sekarang Felda menguasai sebanyak 82%.

8.Samaada Kerajaan sudah mementerai Perjanjian dgn Felda bagaimana SUKUK ini harus dibayar itu kita tidak dimaklumkan dan sehingga habis tahun 2022,masih ibarat menunggu buah yg tak gugur.

9.Apabila Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pemerintahan Negara,yg diketuai oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri beliau telah menyemak perkara ini bersama Kementerian Kewangan..

10.Pada hujung bulan Jun 2023,Perdana Menteri,Dato Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani satu Jaminan dari Kerajaan,untuk merealisasikan dari perjanjian terdahulu yg mana Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk membantu Felda sebanyak RM 1B setahun untuk membayar pokok pinjaman Felda melalui SUKUK RM 9.9 B..

Kenyataan MOF berkaitan Hutang FELDA


11.Apabila ini berlaku,Felda menarik nafas lega,Felda hanya perlu mendapatkan lain2 sumber pendapatan yg salah satunya dari FGV LLA,Kilang dan sebagainya yg akan mendapat pendapatan RM 1 B lebih..

12.Dengan Pendapatan ini,Felda boleh membayar gaji kakitangan,Faedah bank,Pendahuluan tanam semula Peneroka,Pendahuluan baja,sara hidup dan lain aktivit yg membabitkan kebajikan Peneroka.

13.Mungkin dalam masa 8 tahun,FELDA sudah boleh berjalan seperti biasa dan kembali kelandasan asal penubuhannya.

14.Semasa majlis sambutan hari Peneroka pada 7hb julai yg lepas (jumaat),Perdana Menteri telah meluluskan beberapa Peruntukan untuk kesejahtetaan Peneroka dan Felda.

i. Bantuan Kerajaan Rm 1b setahun untuk membayar hutang Sukuk kepada bank2..( pokok sahaja)
Ini meringankan beban Felda,dan Felda akan menggunakan pendapatan2 lain untuk kos operasi Felda termasuk kebajikan Peneroka.

ii. Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan tambahan untuk menyediakan pemasangan lampu2 jalan dikesemua kawasan rancangan Felda yg membabitkan 37,012 lampu jalan dgn bayaran2 bil bulananya ditanggung oleh Kerajaan,melalui kementerian terbabit.

iii. Perdana Menteri juga mengumumkan 12 pusat hemodialisis didalam kawasan rancangan Felda.

iv. Perdana Menter juga mengumumkan subsidi Diesel sebanyak Rm 36 juta setahun untuk penjanaan tenaga,dan rawatan air bersih di Sabah.
Ia akan memberi manfaat kepada lebih kurang 40,000 isi rumah.

v. Bagi warga Peneroka yg berumur 65 tahun keatas,Perdana Menteri juga mengumumkan menfaat kesihatan bernilai Rm 300,ia boleh digunakan jika mereka mahu menerima rawatan diklinik swasta.

vi .YAB Perdana Menteri turut mengumumkan Digital Madani,yg mana Digital Madani ini ialah satu program baharu yg akan diperkenalkan diseluruh rancangan Felda,untuk memastikan anak2 dan cucu2 peneroka Felda tidak ketinggalan dalam ekomomi GIG.

vii. Perdana Menteri juga mengumumkan akan membantu Peneroka tanaman Getah beralih kepada tanaman sawit.

viii. Dalam isu Perumahan Genarasi baru Felda,Perdana Menteri memberikan JAMINAN 283 unit rumah yg terbengkalai akan disiapkan,manakala peruntukan untuk membina rumah Generasi baru yg akan dtg,kajian kearah itu akan dilaksanakan,Perdana Menteri meminta tempuh masa supaya Kerajaan mencari jalan terbaik bagi semua pihak.

Akhir sekali Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kementerian Wilayah dan Desa,dibawah YAB Timbalan Perdana Menteri YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,yg juga Menteri Pembangunan Wilayah dan Desa diberikan akses untuk menyelenggara dan membaiki kemudahan2 yg rosak didalam kawasan rancangan Felda yg sebelum ini tidak dibenarkan,kerenah biokrasi ini telah dilonggarkan oleh Kementerian Kewangan supaya FELDA tidak hanya menunggu dari satu sumber sahaja.

Saya melihat, ini adalah satu KESUNGGUHAN KERAJAAN PERPADUAN,@MADANI untuk membantu Felda dan Peneroka,saya menyambut baik atas usaha ini,dan mendoakan semoga Allah swt permudahkan segalanya..aamiin.

15. Petikan kata2 Pengerusi Felda yg baru,Ybhg Dato Seri Ahmad Shabery Cheek,kita ini ibarat 3 tiang tunku,yg berdiri gagah untuk menerima kawah besar yg berada diatas kita,tiga tiang itu ialah Peneroka,Felda dan Kerajaan,salah satu tiang ini patah,rebah lah kawah kebumi.

Peneroka Felda dan Kerajaan berpisah tiada.

Kalau Felda tidak bernyawa, Peneroka tidak bernafas,tak kiralah Kerajaan mana pun,Felda adalah lubuk Tamaddun Melayu,sewajibnya dibantu,bila berlaku kesusahan..

Saya menyeru kepada semua Peneroka dan warganya terus memandang kehadapan,untuk kita terus maju dan berjaya dalam keberkatan..

Wallahhuaklam.

Terimakasih,

Sulong Jamil Hj Mohamed Shariff.
Ketua Peneroka Kebangsaan FELDA.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button