Aliff Aziz Didakwa Keluar Bersama Wanita Lain, Ini Penjelasannya
Aliff Aziz Didakwa Keluar Bersama Wanita Lain, Ini Penjelasannya
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz menafikan dakwaan yang dibuat netizen bahawa dia keluar bersama seorang wanita adalah tidak benar.
Menurut Aliff, dia agak terkejut mendengar spekulasi yang timbul itu kerana isterinya, Bella Astilah yang juga penyanyi, mengetahui setiap aktiviti hariannya.
Sebenarnya saya dan isteri terkejut juga sebab dia tahu almost setiap hari saya bekerja.
Dan ada beberapa kali my cousin datang belah Umi dan saya bawa mereka keluar kerana dah lama mereka tak ke Kuala Lumpur.
So, saya rasa orang yang nampak tersalah kot. Might be my cousin.. jadi saya dan Bella pun terfikir siapa individu yang dimaksudkan tu.
Atau mungkin kalau nak keluar dengan siapa-siapa, saya kena buat instagram story lah.
Dalam pada itu, Aliff atau nama penuhnya Muhammad Aliff Aziz berkata dia akui sebagai seorang selebriti dia tidak akan terlepas dari menjadi tumpuan netizen.
Tambahan, dia masih lagi tetap dengan pendiriannya dan tidak akan menjelaskan secara terperinci mengenai isu yang tidak penting ini.
Memang kita akan sentiasa dilihat oleh orang tapi pada saya as long as i know i am not doing anything wrong or i am going out with my family members or kawan-kawan, saya tak rasa saya perlu memberikan penjelasan tentang itu.
Tapi disebabkan dakwaan itu, saya sendiri tidak tahu sebab tak ada gambar. Kalau ada gambar mungkin saya boleh explain.
People need to understand good or bad kita akan ada hari yang kita mungkin keluar meeting. Cuma bila ada yang mendakwa saya ‘buat hal’ saya bukan orang yang baik baru nak belajar-belajar jadi baik nampak dia bersama dengan wanita it’s okay tapi kalau buat hal dari segi apa?
Kalau saya berjalan dengan sepupu atau adik beradik saya bukan ke itu jadi satu fitnah.
Baik atau buruk saya hargai dan mohon doa dari semua supaya kita dapat memperbaiki apa yang kurang.
Malah, Aliff turut memahami yang dia tidak dapat mengubah persepsi netizen yang masih menganggap dirinya sebagai ‘playboy’ dan memohon maaf terhadap segala kesilapan yang pernah dilakukannya.
Saya mohon maaf kepada semua untuk kesilapan-kesilapan lalu yang tak adapat saya nak ubah sekarang ni.
Tapi apa yang saya boleh lakukan adalah sentiasa peka, hati-hati dan saya juga manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan dan saya mohon doa dari semua supaya saya sentiasa terjaga, insya-Allah.
Kredit: Xtra
Aliff Aziz Didakwa Keluar Bersama Wanita Lain, Ini Penjelasannya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?
- Sanusi kini kluster Mahkamah, peluang Mukhriz jadi MB cerah
- Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi