KUNJUNGAN HORMAT – NICOLE DAN HAJAH SITI ZAILAH CAPAI KESEPAKATAN BERSAMA UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT
Timbalan Menteri Dan Ketua Pemuda MCA Bertemu Bagi Berbincang Isu Komuniti Malaysia
Kunjungan hormat Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong ke pejabat Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff berlangsung dalam suasana harmoni.
Dalam pertemuan bersama itu perbincangan banyak tertumpu isu selepas berakhirnya Pandemik Covid-19 dan apa yang boleh dilakukan untuk rakyat selepas melalui Perintah Kawalan Pergerakan. Memandangkan kini negara masih dalam tempoh PKP, mereka bersetuju segala jenis bantuan hendaklah sampai kepada rakyat terutama bekalan makanan dan keperluan yang difikirkan perlu. Nicole dan Siti Zailah turut membincangkan apa yang boleh Kementerian lakukan berikutan keadaan ekonomi yang agak terjejas. Sikap Siti Zailah yang terbuka menerima pandangan dari segenap lapisan rakyat tanpa halangan menarik perhatian Nicole apabila Timbalan Menteri itu apabila Nicole memberitahu banyak Komuniti dan NGO yang ingin turut membantu dan bekerjasama dengan Kementerian dalam menghadapi keadaan pasca Covid-19. Kerjasama sebegini adalah diharapkan berterusan bagi mencari solusi isu berkaitan rakyat dan negara.
Turut membincangkan isu berita palsu, Siti Zailah dan Nicole juga bersetuju perkara negatif dan menimbulkan panik kepada rakyat perlu dibendung dan dibenteras dari berleluasa. Pertemuan ini digambarkan sebagai pertemuan muhibbah sekaligus menampakkan kematangan politik PAS dan MCA dalam kebersamaan untuk kepentingan rakyat dalam kerajaan Perikatan Nasional dibawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.