Festival Good Vibes Adalah Konspirasi Politik Untuk Menyerang Kerajaan Perpaduan?

Festival Good Vibes Adalah Konspirasi Politik Untuk Menyerang Kerajaan Perpaduan?

Festival Good Vibes Adalah Konspirasi Politik Untuk Menyerang Kerajaan Perpaduan?

Akibat dari kedegilan dan keegganan penyanyi The 1975, Matty Healy, menghormati peradaban dan undang-undang negara, Festival Good Vibes, dibatalkan serta merta.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, telah memberikan arahan tegas selepas memanggil penganjur Festival Good Vibes, Future Sound Asia.

Susulan dari perbuatan biadab Matty Healy, atas faktor keselamatan, The 1975, terpaksa membatalkan 2 lagi konsert di Indonesia dan Taiwan.



Timbul satu persoalan, apakah mungkin Festival Good Vibes ini sengaja diatur sebagai senjata pihak tertentu menyerang Kerajaan Perpaduan.

Untuk rekod, kumpulan The 1975 sebelum ini tidak mendapat kelulusan untuk membuat persembahan di Malaysia.

Ini adalah kerana, sangat jelas ahli kumpulan The 1975 merupakan pengamal dan pendokong tegar LGBTQ.

Namun Fahmi mendedahkan, The 1975 hanya dibenarkan membuat persembahan selepasĀ penganjur dan pengurus membuat rayuan.



Mengapakah penganjur bersungguh-sungguh membuat rayuan bagi pihak The 1975 sedangkan mereka tahu latarbelakang ahli kumpulan tersebut?

Kita semua maklum, perdana menteri, pernah dikaitkan dengan kes seks luar tabie.

Bukankah bila berlaku insiden tidak sopan seperti itu secara terbuka, maka ianya serta merta akan dikaitkan dengan perdana menteri.

Persoalan kedua, mengapakah kumpulan The 1975 diberikan slot pembukaan, sebelum artis tempatan membuat persembahan.



Apabila berlaku insiden tersebut dan kerajaan mengambil tindakan tegas membatalkan Festival Good Vibes, ianya pasti mengundang kemarahan penonton yang terdiri dari anak muda.

Bukankan menjadi kebiasaan, artis luar negara diberikan slot penutup sebagai klimaks kepada persembahan pentas?

Walau bagaimana pun, tindakan kerajaan yang bertindak tegas telah dapat mematahkan serangan pihak lawan yang mahu merosakkan nama baik Kerajaan Perpaduan.

Cuma di masa hadapan, kerajaan perlu lebih tegas untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang.



 

Festival Good Vibes Adalah Konspirasi Politik Untuk Menyerang Kerajaan Perpaduan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button