Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya

Permusuhan antara Dr Mahathir dan Hadi Awang atas pentas politik bukan sehari dua atau setahun dua.

Malah ianya sudah berlarutan berdekad dekad lamanya.

Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa Hadi Awang adalah pengkhianat dan kafir.



Manakala jauh lebih awal sebelum itu, Hadi Awang pernah berkata, parti UMNO yang dipimpin Dr Mahathir ketika itu adalah kafir.

Penulis melihat kedua-dua ahli politik tersebut seolah menganggap perbuatan mengkafirkan sesama Islam adalah perkara kecil.

Namun, itu dahulu, seperti kata pepatah, lain ulu lain parang, lain dahulu, lain sekarang.

Dr Mahathir pernah mengkafirkan Hadi dan Hadi juga pernah mengkafirkan Dr Mahathir, apakah kini takdir sudah menemukan ‘kedua -dua kafir’ berkenaan?



Jangan marah pada penulis kerana yang mengkafirkan antara satu sama lain adalah mereka berdua.

Sudah menjadi fakta, Dr Mahathir sudah ditolak secara mutlak oleh rakyat Malaysia.

Bukan beliau sahaja, malah parti yang beliau pimpin, Pejuang, juga ditolak sama.

Dalam PRU 15, di parlimen Langkawi, Dr Mahathir kehilangan 14,000 undi berbanding undi yang beliau dapat dalam PRU 14.



Parti Pejuang pula hilang deposit di semua kerusi parlimen yang mereka tandingi.

Manakala PAS pula, memang benar mereka mendapat lebih 40 kerusi dalam PRU 15, satu pencapaian yang tidak pernah mereka perolehi sebelum ini.

Tetapi kejayaan itu kini semakin dipersoalkan apabila tular video merasuah pengundi.

Lebih memburukkan imej PAS apabila mereka kehilangan kerusi parlimen Kuala Terengganu kerana merasuah pengundi.



Pemimpin PAS pula, seorang demi seorang terbongkar dan dikaitkan dengan kegiatan jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Siapa Tunggang Siapa?

Dijangkakan dalam PRN 6 negeri, PAS akan kehilangan sekurang-kurangnya 2 negeri, Kedah dan Terengganu.

Manakala Kelantan pula, PH/BN akan memberikan saingan hebat untuk PAS pertahankan negeri tersebut.

Kegagalan PAS mentadbir dapat dilihat dengan jelas dengan dasar pemerintahan yang gagal di Kedah, Terengganu dan Kelantan.



Kini kedua-duanya bercakap tentang menyelamatkan bangsa Melayu.

Hendak selamatkan dari apa?

Bukankah pengundi di Langkawi majoritinya adalah Melayu?

Mengapa mereka menolak Dr Mahathir?



Bukankah majoriti penduduk di Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah Melayu?

Mengapa selama berkuasa PAS tidak membela nasib mereka?

PAS yang selama ini mengabaikan nasib bangsa Melayu di negeri yang mereka perintah, meminta tolong dari Dr Mahathir yang sudah ditolak pengundi Melayu.

Siapa tunggang siapa sebenarnya?

 

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button