Kapal kargo bawa 3,000 kereta terbakar

Kapal kargo bawa 3,000 kereta terbakar

Kapal kargo bawa 3,000 kereta terbakar
ASAP tebal selepas kebakaran di kapal Fremantle Highway di laut berhampiran Belanda. FOTO Reuters

Amsterdam: Sebuah kapal kargo yang membawa muatan 3,000 kereta dengan sebahagiannya buatan Mercedes-Benz Group AG dan BMW AG, terbakar berhampiran pantai Belanda, Rabu lalu.

Portal NDTV melaporkan, seorang anak kapal Fremantle Highway, maut ketika api menyambar kapal itu selepas tengah malam

Menurut pihak berkuasa, kesemua 23 individu di atas kapal, termasuk beberapa anak kapal yang cedera dan meninggal dunia dibawa dari kapal itu, dengan helikopter dan bot penyelamat.



Menurut data penjejakan kapal oleh Bloomberg, Fremantle Highway yang mempunyai bendera Panama dalam perjalanan ke Pelabuhan Said, Mesir, selepas berhenti baru-baru ini di pelabuhan Bremerhaven di Jerman.

Shoei Kisen Kaisha Ltd iaitu firma Jepun yang memiliki kapal itu berkata, destinasi terakhir bagi kenderaan berkenaan adalah Singapura.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?




Sebanyak 25 daripada 2,857 kereta di dalamnya adalah kenderaan elektrik (EV), kata jurucakap pengawal pantai Belanda.

Kira-kira 300 daripada kereta di atas kapal itu adalah buatan syarikat Mercedes-Benz.

Ford Motor Co, Stellantis NV, Renault SA dan Nissan Motor Co tidak mempunyai sebarang kenderaan di atas kapal itu, kata jurucakap syarikat, dan wakil dari Toyota Motor Corp.

Jurucakap Volkswagen AG berkata, syarikat itu sedang giat menyiasat perkara itu tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut, manakala Tesla Inc belum memberi kenyataan berhubung insiden berkenaan.



Jurucakap BMW mengesahkan syarikat itu mempunyai kenderaan di atas kapal itu dan tidak menyatakan bilangannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akhirnya ‘cuti sakit’ tamat, Zeti hadir ke Mahkamah


Pengawal pantai tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat kebocoran bahan di kapal itu walaupun pihak berkuasa mengambil beberapa langkah berjaga-jaga untuk mencegahnya, kata jurucakap itu.



Sementara Itu, AFP melaporkan persiapan dilakukan untuk menyelamatkan kapal kargo itu dalam operasi yang bertujuan untuk mengelak bencana ekologi.

Pegawai Belanda berkata, sebuah kereta elektrik disyaki menjadi punca kebakaran dan menyatakan hampir 500 kenderaan elektrik berada di dalamnya, jauh lebih banyak daripada yang angka menerusi laporan awal.

Syarikat penyelamat kini memulakan persiapan untuk menunda kapal itu ke kawasan perairan lebih jauh ke arah timur.

Kapal kargo bawa 3,000 kereta terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button