Sekali Lagi PAS Biadab Dengan Institusi Raja Melayu

Sekali Lagi PAS Biadab Dengan Institusi Raja Melayu

Sekali Lagi PAS Biadab Dengan Institusi Raja Melayu

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah dari PAS, Sanusi Md Nor, bersikap biadab dengan Institusi Raja Melayu.

Sanusi sudah pun didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dakwaan menghina Institusi Kesultanan Selangor.

Sekali Lagi PAS Biadab Dengan Institusi Raja Melayu Sekali Lagi PAS Biadab Dengan Institusi Raja Melayu



Belum sampai sebulan Sanusi didakwa, kini satu lapuran polis sudah pun dibuat oleh Pejabat Sultan Perak ke atas seorang penyokong PAS, Hawa Yaakub.

Pihak Pejabat Sultan Perak membuat lapuran polis ke atas satu ciapan yang dibuat oleh Hawa Yaakub di dalam akaun Twitter beliau.

@acik.mantera

Lapuran polis telah dibuat oleh pihak Istana Perak atas kebiadaban penyokong PAS yang memanipulasi titah Sultan Perak, DYMM Raja Nazrin Shah



♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Dalam ciapan tersebut, Hawa telah memuatnaik satu video pendek yang cuba memanipulasi titah Sultan Nazrin pada tahun 2013.

Titah Sultan Nazrin yang asalnya berdurasi 90 minit telah diedit dan dipendekkan kepada sekitar 2 minit setengah.

Hawa juga didakwa cuba menggambarkan bahawa Sultan Nazrin memihak kepada parti PAS.



Sekali Lagi PAS Biadab Dengan Institusi Raja Melayu

Adalah sangat jelas, tindakan Hawa itu bertujuan untuk mengelirukan pengundi pada PRN 6 negeri dengan mengheret Institusi Raja Melayu bersama.

Tindakan Hawa itu telah mencemarkan martabat dan maruah Sultan Nazrin selaku raja yang berdaulat dan Institusi Raja Melayu yang bersikap berkecuali di dalam politik.

Tindakan tegas mesti diambil oleh pihak berkuasa memandangkan ada pihak yang tidak mengambil pengajaran dari pendakwaan ke atas Sanusi.



Kebiadaban sebegini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Prinsip kebebasan bersuara tidak boleh di salah gunakan sebagai prinsip boleh menyuarakan apa yang kita suka.

Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan.

Kebebasan bersuara rakyat ada batasannya kerana negara kita tidak mengamalkan undang-undang rimba yang beraja di mata dan bersultan di hati.



 

Sekali Lagi PAS Biadab Dengan Institusi Raja Melayu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button