Ketua UMNO Bahagian Bera ‘Berkempen’ Di DUN Senaling
Ketua UMNO Bahagian Bera ‘Berkempen’ Di DUN Senaling
Ketua UMNO Bahagian Bera yang tidak pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang lalu, Ismail Sabri, turun berkempen di DUN Senaling.
Menurut Ismail Sabri, calun Barisan Nasional bagi DUN Senaling, Ismail Lasim, merupakan salah seorang dari bekas rakan sekelas beliau.
“Ismail Lasim adalah kawan sekelas saya”.
“Beliau sudah berpengalaman menjadi wakil rakyat dan ini merupakan kali kelima beliau bertanding”.
“Daripada segi kemampuan, beliau tiada masalah kerana mempunyai pengalaman begitu lama”.
“Beliau memang dikenali oleh penduduk di sini, kita hendak menang”.
“Ia bergantung kepada pengundi kerana itu saya hadir ke sini supaya pengundi boleh membantu BN untuk menang”.
“Setakat ini kawasan ini adalah kawasan BN”.
“Saya masih lagi Ketua UMNO Bahagian Bera”.
“Jadi memang saya akan turun menyokong calon BN untuk menang,” kata Ketua UMNO Bahagian Bera tersebut.
Ismail Sabri juga mengingatkan ahli UMNO supaya tidak menyerang sesama sendiri.
“Yang penting jangan kita dalam parti, serang parti sendiri, serang pemimpin, kita satu parti”.
“Tetapi kerana mungkin dia kem lain, dia serang orang yang bukan kem dia”.
“Akhirnya yang rugi adalah UMNO”.
“Orang akan lihat UMNO tak habis-habis bergaduh sesama sendiri”.
“Saya takut perkara ini berlaku,” jelas Ismail Sabri.
Ketika ditanya sama ada akan wujud unsur sabotaj dari golongan yang digantung atau dipecat, Ismail Sabri berkata mereka berhak lakukan apa sahaja.
Sudah pasti parti UMNO menyambut baik bantuan yang diberikan oleh Ismail Sabri kepada BN Negeri Sembilan.
Cuma jentera UMNO di Negeri Sembilan perlu lebih berhati-hati dan fahamkan apa yang Ismail Sabri maksudkan dengan golongan yang digantung dan dipecat berhak lakukan apa sahaja.
Sebelum ini yang sering mengingatkan ahli UMNO supaya tidak menembak sesama sendiri adalah beliau.
Memang benar beliau tidak menembak pasti sendiri, tetapi banyak jerangkap samar yang kem beliau pasang hingga dalam PRU 15, UMNO hanya tinggal 26 kerusi parlimen!!!
Ketua UMNO Bahagian Bera ‘Berkempen’ Di DUN Senaling
Di Syorkan Untuk Anda:
- MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan
- Sekali Lagi PAS Biadab Dengan Institusi Raja Melayu
- Badrol Bakhtiar Patut Di Kasihani, Bukan Di Kecam