Hukuman Roger Ng tangguh, apa nasib Najib Razak?

 

Oleh – Editor


Hukuman Roger Ng tangguh, apa nasib Najib Razak?

Berita bahawa hukuman penjara Roger Ng ditangguh dan dia bakal dibawa pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan terhadap kes 1MDB ini bakal disambut baik oleh peguam Najib.



Pada tahun 2021, peguam Roger Ng iaitu firma terkenal Brafman & Associates pernah mengeluarkan satu kenyataan yang kata bahawa Roger Ng dan peguamnya memiliki bukti-bukti yang digelar peguam itu sebagai “ekskulpatori” berhubung Najib yang bakal membuktikan Najib bukan dalang 1MDB tetapi kebenaran sebenar telah sengaja disorok daripadanya oleh boss dia di Goldman Sachs dan Jho Low.

(Kenyataan bekas boss Roger Ng iaitu Tim Leissner di mahkamah Amerika Syarikat tahun lepas juga tidak pernah tuduh Najib sebagai dalang utama ataupun terlibat dalam skandal 1MDB).

Keterangan bersifat ekskulpatori adalah keterangan yang mampu membebaskan seseorang daripada sesuatu pertuduhan tetapi dihalang oleh DOJ dan mahkamah Amerika Syarikat untuk didedahkan atau diberi kepada Najib.

Hukuman Roger Ng tangguh, apa nasib Najib Razak?



 

Peguam Roger Ng kata dalam statement dia bahawa ianya sangat tidak bermoral dan beretika bahawa bukti-bukti ini dihalang untuk diberi kepada Najib sebab ianya melibatkan nama dan kebebasan seorang individu.

Pada mulanya, Najib menang di Mahkamah Amerika Syarikat untuk mendapat bukti tersebut tetapi telah dihalang oleh permohonan DOJ kepada mahkamah Amerika Syarikat yang kata bukti itu tidak boleh didedahkan atas alasan “keselamatan negara” (National Security).

Lalu, Najib turut memohon di mahkamah Malaysia untuk mendapat bukti tersebut tetapi turut ditolak oleh hakim.



Sebab itu, peguam Najib tiada akses kepada keterangan yang mungkin membersihkan namanya, walaupun Ng memiliki keterangan itu.

Mungkinkah pemulangan Roger Ng ke Malaysia untuk membantu siasatan bakal membebaskan Najib?
“Najib belum diberi bukti berpotensi bebaskannya, walaupun perolehi perintah mahkamah”

Rujukan – Najib belum diberi bukti berpotensi bebaskannya

“Najib lawan permohonan kerajaan AS halang akses dokumen 1MDB”



Rujukan – Najib lawan permohonan kerajaan AS

Artikel asal – Lim Sian See – 5/8/2023

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button