Polis Kelantan rampas dadah bernilai RM2.02 juta
Polis Kelantan rampas dadah bernilai RM2.02 juta
KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM2.02 juta dalam Op Tapis Khas yang berakhir semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata dalam operasi yang bermula 6 Ogos lalu, seramai 416 individu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Racun (AR) 1952 dan ADB (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.
“Kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 65 tahun termasuk dua pelajar sekolah menengah disiasat mengikut bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
“Pelbagai jenis dadah berjaya dirampas dengan nilai RM2.02 juta, manakala hasil sitaan harta pula sebanyak RM379,817.53 dan jumlah dadah yang dirampas itu jika berjaya diedarkan, boleh digunakan oleh seramai 196,218 penagih,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Dalam operasi itu, Muhamad Zaki berkata, dua lelaki warga Thailand ditahan dengan rampasan 15.52 kilogram ganja mampat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Beliau berkata, tangkapan dibuat pada petang Isnin minggu lalu di kawasan lapang di Kampung Jeram Perdah, Pasir Mas pada jam 4.30 petang.
“Hasil semakan tidak menemukan rekod lampau terhadap kedua-dua suspek dan mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B ADB 1952,” katanya.
Polis Kelantan rampas dadah bernilai RM2.02 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MB Terengganu Pegang 4 Portfolio Terengganu, Tahniah Rakyat Terengganu
- Sekiranya Benar 7 Ahli Parlimen BN Letak Jawatan, Akan Tumbangkah Kerajaan Perpaduan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah