Rumah panjang dihempap pokok tumbang

Rumah panjang dihempap pokok tumbang

Rumah panjang dihempap pokok tumbang
Keadaan rumah panjang yang rosak akibat dihempap pokok, dalam kejadian di Song, Kapit, petang tadi. NSTP/Erika George

KAPIT: Penduduk di rumah panjang Banjie di Nanga Entawai berhadapan detik cemas selepas sebatang pokok tiba-tiba tumbang menghempap bumbung rumah panjang berkenaan petang tadi.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata sepasukan anggota BBP Song dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan khidmat khas memotong serta membersihkan batang kayu berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 petang



“Sebatang pokok besar menghempap bumbung rumah panjang hingga menyebabkannya mengalami kerosakan,” katanya.

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira tiga jam bagi memotong serta mengalihkan pokok terbabit.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading