12 rumah kongsi terbakar

12 rumah kongsi terbakar

12 rumah kongsi terbakar
Foto hiasan

SERDANG: Puluhan buruh binaan hilang tempat tinggal selepas 12 rumah kongsi didiami musnah dalam kebakaran di Bandar Putra Permai di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima laporan kejadian pada jam 2.25 petang.

Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dengan bantuan jentera dari Cyberjaya serta Puchong digerakkan ke lokasi.



“Kebakaran membabitkan 12 unit kontena yang dijadikan rumah kongsi pekerja pembinaan.

“Operasi memadam kebakaran membabitkan 26 pegawai dan anggota,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 2.46 petang dan kemusnahan kebakaran dianggar 90 peratus.

12 rumah kongsi terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading