Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?
Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?
Mungkin ada pihak yang akan marah bila penulis katakan, tidak ada pemimpin di dalam Kerajaan Perpaduan yang mampu mengekang populariti Sanusi Md Nor.
Sama ada Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, mahu pun Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid Hamidi, kedua-duanya gagal menyaingi populariti Sanusi.
Buktinya sangat jelas dalam keputusan PRN di 6 buah negeri.
Setiap negeri yang dikuasai PAS, Kedah, Kelantan dan Terengganu memberikan kemenangan besar kepada Perikatan Nasional.
Bukan pihak Kerajaan Perpaduan tidak berkempen, malah mereka melakukan kempen di setiap pelusuk ketiga-tiga negeri tersebut.
Bukan hanya calon dan pemimpin peringkat pertengahan berkampung di negeri-negeri tersebut.
Pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, Anwar Ibrahim dan DS Zahid juga turut berkampung di sana.
Sepanjang tempoh berkempen bandar dan kampung mana yang mereka tidak kunjungi.
Tetapi, semakin Sanusi diserang, populariti beliau semakin memuncak.
Pemimpin Kerajaan Perpaduan dilihat kehilangan punca untuk menanganinya.
Pemimpin Mesti Di Beritahu Apa Yang Mereka Kena Dengar Dan Bukan Apa Yang Mereka Hendak Dengar
Pemerhati politik dari blok Kerajaan Perpaduan boleh memberikan seribu satu alasan mengapa keadaan ini berlaku.
Tetapi, sekiranya realiti disembunyikan, kemaraan gelombang hijau akan menjadi semakin sukar untuk dibendung.
Berilah alasan kerana penguasaan media sosial, tetapi berapa ramai pengundi di Kedah, Kelantan dan Terengganu menggunakan Tiktok?
Kemukakanlah alasan mereka menggunakan strategi fitnah dan penipuan, tetapi adakah kita menganggap pengundi tidak dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah?
Pemimpin Kerajaan Perpaduan mesti diberitahu, apa yang mereka perlu dengar, walau pun ianya pahit seperti hempedu.
Perbezaan Pendekatan Antara Sanusi Dan Pemimpin Kerajaan Perpaduan
Perbezaan yang amat ketara antara Sanusi dengan pemimpin Kerajaan Perpaduan adalah penampilan mereka ketika berada bersama rakyat.
Sanusi menggunaka penampilan marhaen ketika bersama rakyat, manakala pemimpin Kerajaan Perpaduan masih lagi mengamalkan penampilan elit.
Cara Sanusi beramah mesra dengan rakyat, cara Sanusi bercakap ketika berkempen tidak menggambarkan beliau adalah dari golongan elit.
Ayat yang digunakan tidak teknikal, tetapi penerangan yang diberikan mudah difahami.
Isu yang diketengahkan ketika berkempen adalah isu kesempitan kehidupan yang sangat dekat di hati rakyat.
Beliau juga bijak ‘play victim’ apabila diserang bertalu-talu oleh pihak lawan.
Tetapi pemimpin Kerajaan Perpaduan masih lagi mengekalkan status elit yang membuatkan rakyat merasa jauh.
Pendedahan terhadap kecurian REE di Kedah dan Kelantan sebenarnya sangat relevan sekiranya isu tersebut ‘dirakyatkan’.
Tiada penerangan diberikan mengenai implikasi kecurian tersebut terhadap kehidupan rakyat.
Lalu rakyat tertanya-tanya, apa bezanya kehidupan seharian mereka sama ada REE dicuri atau pun tidak?
Kalau pun ada penerangan, ianya terlalu teknikal yang menyebabkan rakyat merasa bosan untuk mendengarnya.
Kerajaan Perlukan DS Najib Untuk Membendung Kemaraan Gelombang Hijau
Satu-satunya manusia yang dilihat mampu untuk menenggelamkan kebangkitan gelombang hijau adalah DS Najib.
Sejarah dan fakta membuktikan, bagaimana dari seorang yang sangat dibenci, dalam masa yang singkat, DS Najib menjadi seorang yang sangat disayangi.
Apa rahsianya dan apakah formula yang beliau gunakan, itu kena tanya DS Najib sendiri.
Semakin lama DS Najib dipenjarakan tanpa keadilan, masa hadapan Kerajaan Perpaduan akan menjadi semakin kelam.
Bertindak sekarang sebelum segala-galanya terlambat.
Jangan lupa, selepas ini kita akan menghadapi 4 lagi pilihanraya negeri, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.
Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Benarkah DAP Adalah Punca Orang Melayu Menolak UMNO
- Hanya Wanita UMNO Bersolidariti Pertahankan Institusi Presiden, Di Mana Pemuda & Puteri UMNO
- Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?