Banyak buat kesilapan sama – Pearly

Banyak buat kesilapan sama – Pearly

Banyak buat kesilapan sama – Pearly
PEARLY (kanan) memujuk rakannya, Thinaah sebaik mereka tewas kepada Shu Xian-Zheng Yu di pusingan suku akhir Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark. – AFP

BEREGU wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah tidak dapat membendung kekecewaan selepas tersingkir di pusingan suku akhir pada Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Copenhagen, Denmark.

Pada perlawanan yang berlangsung di Royal Arena malam kelmarin, gandingan No.11 dunia itu tewas 21-17, 17-21, 19-21 kepada pilihan keenam dari China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu dalam tempoh lebih sejam.

Pearly tanpa berselindung mengakui kecewa dan marah dengan diri sendiri kerana ba­nyak melakukan kesilapan mudah sehingga membolehkan lawan mendapat mata mudah pada perlawanan tersebut.



“Sangat kecewa dan marah dengan diri sendiri kerana kami lakukan kesilapan sama berulang kali, kami tahu mengenainya. Kami jadikan ia sebagai pengajaran dan belajar sesuatu daripada kekalahan ini.

“Saya harap ini adalah kali terakhir kami berdepan situasi sebegini dan kembali lebih kuat. Minta maaf kerana kami tidak dapat bawa pulang pingat, terima kasih kerana sentiasa beri soko­ngan dan bersabar,” katanya.

Pemain berusia 23 tahun itu turut menjelaskan, dia dan Thinaah akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah sering hilang fokus ketika sedang mendahului perlawanan.

“Kami masih mencari jalan ba­gaimana untuk kekal tenang dan fokus setiap kali ketika mendahului lawan. Kami tidak akan berputus asa, ini adalah pengajaran yang cukup menyakitkan,” ujar Pearly.



Untuk rekod, pencapaian Pearly-Thinaah kali ini lebih baik berbanding edisi tahun lalu yang berlangsung di Tokyo, Jepun apabila mereka tersingkir di pusi­ngan ketiga selepas tewas 16-21, 16-21 kepada beregu tuan rumah, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button