Cara Media Perdana Membunuh Kerajaan Perpaduan

Cara Media Perdana Membunuh Kerajaan Perpaduan

Video klip di atas cuma satu dari beberapa contoh bagaimana media arus perdana memainkan peranan untuk sabotaj kerajaan.

Tajuk kepada video klip yang ditularkan oleh Berita Harian Online adalah Tak Perlu Gugur Agenda Negara Sekular, Malaysian Malaysia – DAP.

Tetapi sekiranya kita tonton dari mula sampai habis video klip yang ditularkan, isinya jauh berbeza.



Tidak ada perkataan negara sekular atau Malaysian Malaysia yang diulas oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Isu utama beliau ulas adalah persefahaman kerjasama yang dipersetujui oleh pelbagai parti mestilah di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi mengapa isu utama yang menjadi ulasan Anthony Loke tidak dijadikan sebagai tajuk video klip tersebut?

Cara Media Perdana Membunuh Kerajaan Perpaduan



Malah tajuk yang dipetik oleh Berita Harian Online turut sama digunakan oleh beberapa media perdana yang lain.

Antaranya Malaysia Gazette, Free Malaysia Today dan Astro Awani,

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Sebenarnya isu DAP anti Islam dan anti Melayu sepatutnya tidak perlu dibangkitkan lagi.

Perkara ini telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung DAP dengan sejelas-jelasnya.

Pendirian DAP terhadap 4 perkara teras dalam perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam, institusi Raja Melayu, hak istimewa Melayu dan Bahasa Melayu sudah jelas sejak 2012.

Dalam Deklarasi Shah Alam 2012, DAP secara jelas memperakui 4 perkara teras yang terdapat dalam perlembagaan.



Dan perkara yang sama diulang dalam Deklarasi@50 Tahun DAP – 2016.

Media arus perdana mesti neutral dan bertanggungjawab di dalam memberikan laporan sekiranya mahu terus relevan dan dihormati.

Jangan dibiarkan media dan kewartawanan ditunggang oleh pihak-pihak tertentu dengan mewujudkan propaganda yang membawa perpecahan.

Kecualilah media arus perdana kini sudah menjual maruah mereka kepada pihak tertentu dengan bayaran tertentu.



Ingat, dunia kewartawanan bukan untuk dilacurkan.

Cara Media Perdana Membunuh Kerajaan Perpaduan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button