Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, Ahmad Terrirudin akan menggantikan Idrus Harun sebagai Peguam Negara.

Idrus Harun akan menamatkan kontrak beliau sebagai Peguam Negara pada 5 September 2023.

Ini bermakna, Ahmad Terrirudin akan menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Peguam Negara secara rasmi pada 6 September 2023.



Sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke pejabat Peguam Negara, perhatian seluruh dunia perundangan akan tertumpu kepada beliau.

Peguam Negara sebelum beliau, Idrus Harun dan Tommy Thomas terlalu banyak meninggalkan kekotoran untuk beliau bersihkan.

Jasmine Loo

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?

Sebagaimana yang didedahkan oleh hakim perbicaraan kes 1MDB, Collin Lawrence Sequerah, beliau pernah mempunyai hubungan profesional dengan Jasmine Loo Ai Swan.



Siapa Jasmine Loo?

Jasmine Loo merupakah bekas peguam 1MDB yang hidup dalam pelarian selama 5 tahun.

PDRM mengesahkan, nama Jasmine Loo sudah dimasukkan ke dalam ‘red notice’ sejak 5 tahun yang lalu sebagai individu yang dikehendaki.

Dalam perbicaraan kes 1MDB, nama Jasmine Loo telah disebut sebanyak 656 kali.



Malah kerajaan Amerika Syarikat juga sudah memfailkan saman untuk menyita aset Jasmine Loo yang dipercayai dimiliki dengan duit 1MDB.

Kini, sudah 2 bulan Jasmine Loo ditahan oleh pihak PDRM, namun Jabatan Peguam Negara masih belum buat keputusan untuk mendakwa Jasmine Loo atau memanggil beliau sebagai saksi.

Apakah Ahmad Terrirudin juga akan kehilangan punca seperti Idrus Harun dalam membuat keputusan?

Dakwaan Terhadap Zeti, Taufeq Ayman, Hakim Nazlan Dan RCI Tommy Thomas

Siasatan ke atas mantan Gabenor BNM, Zeti Aziz dan suami beliau, Taufeq Ayman sudah dilengkapkan oleh pihak SPRM.



Malah, pihak SPRM dan kerajaan Singapura pernah mengeluarkan kenyataan bahawa disahkan lebih RM700 juta masuk ke dalam syarikat yang dimiliki oleh Taufeq Ayman.

Tetapi hingga ke hari ini, Idrus Harun masih membisu mengenai isu tersebut!!!

Kertas siasatan terhadap Hakim Nazlan juga pernah mencetuskan kontroversi.

Menurut kenyataan SPRM, selepas siasatan dikemaskinikan untuk kali kedua, Peguam Negara telah mengarahkan supaya kertas siasatan itu diserahkan kepada Ketua Hakim Negara.



Akhirnya, kertas siasatan itu senyap begitu sahaja.

Persoalannya, megapakah Idrus Harun tidak menggunakan kuasa beliau sebagai Peguam Negara untuk mendakwa Hakim Nazlan?

Benar, formalitinya, segala salah laku hakim perlu disiasat oleh tribunal yang dibentuk oleh Ketua Hakim Negara.

Tetapi, adakah Ketua Hakim Negara telus dalam mempengerusikan tribunak tersebut?



Mengapakah Peguam Negara tidak menasihati perdana menteri supaya mengemukakan representasi kepada YDP Agong untuk menyiasat hakim Nazlan?

Seperti yang diakui sendiri oleh Tommy Thomas, pelantikan beliau sebagai Peguam Negara adalah perlantikan politik.

Sangat jelas bagi kita semua, malah beliau sendiri akui, berlakunya campurtangan politik dalam membuat keputusan ketika beliau menjadi peguam negara.

Malah beliau akui, perlantikan Ketua Hakim Negara juga dicaturkan oleh pemimpin politik.

Kerajaan sudah bersetuju untuk membentuk RCI Tommy Thomas.

Malah di era Ismail Sabri, ‘task force’ yang dibentuk memperakui, ada asas yang kukuh untuk mendakwa Tommy Thomas.

Tetapi sehingga Idrus Harun bersara, Tommy Thomas masih lagi ‘dilindungi’ oleh pihak tertentu.

Terlalu banyak najis dan kekotoran yang ditinggalkan oleh Tommy Thomas dan Idrus Harun untuk Ahmad Terrirudin bersihkan.

Persoalannya, mampukah beliau?

 

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button