RCI terhadap Tommy Thomas bakal seret Mahathir juga
Kabinet baru baru ini telah bersetuju untuk membuka Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berkaitan apa yang didakwa dan dtulis oleh Tommy Thomas di dalam bukunya “My Story, Justice in the wilderness”
Kepincangan dalam Sistem perlantikan Hakim bakal didedahkan dalam perbicaraan RCI terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas.
Dalam buku memoir yang ditulis itu banyak mendedahkan campurtangan Mahathir didalam perlantikan para hakim yang tidak mengikut prosidur JAC.
Selain itu TT turut mendedahkan bahawa kes Presiden UMNO dan mantan Presiden UMNO DSNR juga adalah dakwaan terpilih dan ‘political presecution”.
Jika di ikuti secara mendalam, kes SRC Datuk Seri Najib harus dihentikan segera untuk memberi laluan kepada siasatan terhadap Tommy terlebih dahulu.
Dalam 11 hujah terhadap pembebasan Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga mahkamah ada menyebut berkenaan perakuan Tommy dalam bukunya dan ia seharusnya disahkan dan disiasat terlebih dahulu, hatta baru lah kes terhadap Presiden UMNO dan mantan Presiden umno DSNR boleh berlansung dengan adil.
Seorang ahli Majlis Kerja tertinggi UMNBO , Dr Puad Zarkashi juga turut menggesa supaya siasatan segera dilakukan untuk menyeret TT ke panel siasatan.
Nama Parti UMNO mendapat imej tersangat buruk akibat pendakwaan terpilih ini.
Setelah ini terjadi, muncul pula memo bocor dari pejabat Peguam Negara yang telah lama mengesahkan kedua kes terhadap DSNR dan DAZH sebenarnya telah lama dicop tidak ada kes untuk didakwa.
Namun, ia didakwa juga.
Ini jelas satu bentuk salah guna kuasa.
Maka, ramai berasa lega apabila Kabinet memutuskan supaya dibuka RCI untuk menyiasat TT.
Secara tidak langsung , ia bakal menyeret Tun Mahathir sama untuk memberi keterangan dan ini sangat ditunggu oleh banyak pihak terutama ahli UMNO.