Parti Islam Se-Malaysia ibarat ‘pelacur’, suka ‘bodohkan’ rakyat

Oleh – Bakhtiar Omar


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ibarat 'pelacur', suka 'bodohkan' rakyat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS), kini umpama sebuah parti politik yang diibaratkan sebagai ‘pelacur’ serta suka ‘bodohkan’ rakyat dengan emosi berkaitan politik negara.



Terbaru, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, menaikmuat satu klip video menyeru agar rakyat terutama golongan muda turun ke Sogo.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ibarat 'pelacur', suka 'bodohkan' rakyat

Tarikh 16 September telah digazetkan sebagai Hari Malaysia dan merupakan hari cuti umum buat seluruh negara. Namun demikian, Pemuda PAS menganjurkan satu acara kononnya untuk golongan muda bersuara.

Agenda mereka, ‘Himpunan Gerakkan Selamatkan Malaysia’. Persoalannya mahu selamatkan Malaysia dari apa? Jika disentuh mengenai kestabilan politik, PAS nampaknya tidak faham apa itu kestabilan politik malah kepentingannya pun PAS mungkin tidak tahu.



Apa yang mereka (PAS) tahu, ialah mereka mahu menumbangkan Kerajaan dan mengambilalih tampuk waima apa cara sekalipun. Semua ini berpunca dari kemegahan mengekalkan kemenangan 3 Negeri dan menembusi 3 lagi negeri dalam PRN tempoh hari.

MATLAMAT HIMPUNAN ANJURAN PAS?

Meneliti mengapa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggerakkan program ini, terlintas lebih dari satu perkara di minda penulis.

  • Adakah PAS sebenarnya mahu mengalih perhatian kes melibatkan pimpinan Perikatan Nasional di Mahkamah? 
  • Mengapa begitu tergesa-gesa PAS mahu menghimpunkan golongan muda pada tarikh yang sebaiknya dihabiskan dengan perkara lebih bermanfaat?
  • Adakah PAS mahu menutup kelemahan calon mereka yang tewas di PRK Simpang Jeram baru-baru ini?
  • PAS mahu menjadi ‘Abang Besar’ dalam Perikatan Nasional memandangkan 4 Menteri Besar di 4 negeri adalah wakil PAS?
  • Apa sebenarnya yang diperjuangkan PAS dengan himpunan ini?

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ibarat 'pelacur', suka 'bodohkan' rakyat

Menerusi klip video tersebut, Ketua Pemuda PAS secara tidak langsung mengakui program tersebut adalah anjuran PAS dan beliau. Ini memudahkan pihak berkuasa mencari siapa penganjur sekiranya berlaku kekecohan, kerosakan hartabenda dan tidak mustahil melibatkan nyawa orang ramai.



Dimanakah pemikiran logik PAS bila mahu membuat himpunan tersebut? Apa kata peniaga yang mencari rezeki sepanjang jalan di tempat yang PAS mahu buat himpunan? Apa pula pandangan pelancong asing kelak?

Rakyat semakin muak dengan permainan politik yang PAS mahu lakukan. 

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedang ‘mensucikan’ Mahathir?

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading