Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedang ‘mensucikan’ Mahathir?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedang 'mensucikan' Mahathir?

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini dilihat sedang berusaha ‘mensucikan’ Mahathir agar diterima oleh penyokong serta ahli PAS ortodoks.



Biarpun Mahathir tidak menyertai gabungan Perikatan Nasional, PAS nampaknya semakin beralih arah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Gosip kedai kopi politik pula menyatakan tidak menghairankan sekiranya PAS tiba-tiba keluar dari Perikatan Nasional.

Pasti ramai tertanya mengapa PAS mungkin keluar dari gabungan PN. Selepas PRN 6 negeri, terbukti PAS telah berjaya menguasai 3 buah negeri secara mutlak – Kedah, Kelantan dan Terengganu.

  • Perlis telah awal lagi ditawan PAS semasa PRU15 dan Menteri Besar merupakan ahli PAS, malah Shahidan Kassim juga merupakan ahli PAS.
  • Ini menjadikan 4 negeri dikuasai PAS dan jawatan Menteri Besar milik PAS, manakala BERSATU tidak langsung mendapat tempat untuk jawatan tersebut.
  • Akaun BERSATU telah disita oleh pihak berkuasa dan menjadikan pergerakan Perikatan Nasional terbatas.
  • Dakwaan terhadap pemimpin BERSATU berkaitan wang rakyat telah dibawa ke Mahkamah dan PAS enggan terlibat atau terheret dalam isu tersebut.
  • PAS hanya mahu menggunakan platform PN untuk memperolehi serta menguasai lebih banyak kerusi parlimen dan DUN.
Perancangan pembangunan ekonomi negeri-negeri di bawah pemerintahan Pas merupakan agenda perbincangan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan empat Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung pada Sabtu.
 
Bekas Perdana Menteri itu menerima kunjungan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli di kediaman beliau. – PAS Jumpa Mahathir – 3/9/2023

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedang 'mensucikan' Mahathir?

Mengapa baru sekarang PAS mahu bersama Mahathir bagi membincangkan pembangunan ekonomi negeri yang dikuasai PAS? Baca sebagai dikuasai PAS dan bukan PN kerana 4 negeri tersebut MB datang dari PAS.



Ini amatlah lucu sekali jika dinilaikan dengan sikap Mahathir terhadap PAS satu ketika dahulu. PAS juga dikatakan semakin menjadi ‘pelawak’ apabila amat mudah melupakan segala tindakan serta kritikan Mahathir terhadap PAS.

MEMALI, MAHATHIR, PAS…….

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedang 'mensucikan' Mahathir?

Paling terkesan ialah waris Memali di Kedah. Tanyalah waris waris Memali di Kedah, siapakah individu paling mereka benci sehingga hari ini. Mengapa PAS tidak berani menyoal Mahathir mengenai tindakan beliau dalam peristiwa Memali?

Mahathir sebelum ini memberi sokongan kepada Perikatan Nasional semasa PRN 6 Negeri berlangsung namun terbukti PN hanya mampu menang 3 negeri yang telah mereka kuasai sebelum ini.



Mungkin PAS merasakan Mahathir masih mempunyai pengaruh seperti 2018. Percayalah, ia akan jadi satu kesalan buat PAS di masa hadapan apabila Mahathir tidak dapat apa yang beliau mahukan sebagai balasan sokongannya.

Tidak pernah terbayangkan, seorang bekas Perdana Menteri 2 kali kalah teruk sehingga hilang deposit pada PRU15. Jika satu ketika, Mahathir kalah disebabkan keceluparan beliau menyatakan tidak memerlukan undi Cina, mengapa pada PRU15 beliau kalah teruk sedangkan Langkawi merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu?

Adakah PAS sedar perkara tersebut atau sengaja ‘tutup mata’ hanya untuk menumpang nama Mahathir bagi menarik sokongan?

PAS semakin jauh dalam ‘mimpi indah’ dan ini hakikat yang perlu ditelan para ahli serta penyokong PAS.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button