Isham Jalil Cuba Membantu Kemenangan PN Di PRK Pelangai?
Isham Jalil Cuba Membantu Kemenangan PN Di PRK Pelangai?
Antara faktor utama yang menyebabkan kekalahan UMNO/BN dalam PRU 15 adalah pemimpin UMNO dilihat bercakaran sesama sendiri.
Presiden UMNO, DS Zahid, diserang dari segenap penjuru.
Manakala pemimpin UMNO yang sepatutnya pertahankan institusi presiden, dilihat bertindak sebaliknya.
Tindakan DS Zahid menggugurkan beberapa nama ‘warlord’ yang menjadi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan di dalam UMNO, dijadikan isu.
Di satu masa, ‘warlord’ berkenaan melaungkan betapa pentingnya memberikan peluang dan laluan kepada muka baru dalam pilihanraya.
Tetapi, apabila nama mereka digugurkan untuk memberikan laluan kepada muka baru, mereka bertindak sebaliknya.
Sedangkan majoriti dari mereka sudah lama menjadi ahli parlimen, ada yang sudah menjangkau hingga puluhan tahun.
Ianya dijadikan isu untuk menyerang kepimpinan UMNO.
Begitulah hipokritnya ‘warlord’ yang ada dalam UMNO satu ketika dahulu.
Rakyat dan penyokong UMNO menjadi bosan dengan sikap pemimpin UMNO yang sengaja digambarkan bercakaran sesama sendiri.
Akhirnya rakyat mengambil keputusan untuk memberikan undi kepada Perikatan Nasional.
Walau pun pemimpin Perikatan Nasional pernah menyiksa hidup rakyat selama 18 bula mereka berkuasa.
Bekas ‘Warlord’ UMNO Menunggang Proksi Mereka Yang Masih Berada Dalam UMNO
Keadaan yang sama berlaku ketika PRN di 6 negeri.
Kali ini kerjasama dengan Pakatan Harapan pula dijadikan isu.
Kononnya kepimpinan UMNO menipu akar umbi dengan slogan No Anwar, No Dan No PPBM.
Fakta yang janji tersebut adalah bertujuan UMNO bergerak solo dalam PRU 15 telah diputar belitkan.
Yang dilaungkan hanyalah No Anwar dan No DAP.
Manakala perkataan No PPBM mereka lenyapkan.
Dengan menggunakan proksi yang masih ada di dalam UMNO, ‘warlord’ UMNO yang telah disingkirkan cuba menghasut akar umbi UMNO.
Kenyataan media dibuat untuk memberikan gambaran bahawa pemimpin UMNO sekali lagi bercakaran sesama sendiri dilakukan secara terbuka.
Sekali lagi UMNO dihukum oleh orang Melayu dan kali ini dengan lebih parah.
Perkara yang sama dilakukan dalam PRK parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram.
Isu ‘No DAP’ sekali lagi dimainkan.
Lebih parah lagi, analisa yang berdasarkan kepada auta dikeluarkan oleh proksi bekas ‘warlord’ UMNO yang berada di luar parti.
UMNO tidak bertanding di PRK parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, tetapi UMNO digambarkan sudah hilang sokongan dari orang Melayu.
Orang yang bertanggungjawab mengeluarkan analisa auta adalah salah seorang ahli MKT UMNO, Isham Jalil.
Beliau mendakwa 27,000 undi orang Melayu telah beralih dari UMNO/BN kepada Perikatan Nasional.
Tidak pasti dari mana angka itu beliau dapat.
Adakah Isham Jalil sedang memastikan kemenangan Perikatan Nasional dan kekalahan UMNO/BN dalam PRK DUN Pelangai yang akan datang?
Pengundi Melayu mewakili 72% pengundi berdaftar di DUN Pelangai.
Ini bermakna, undi Melayu adalah undi penentu kemenangan di DUN Pelangai.
Apakah Isham sedang berusaha untuk memberikan gambaran UMNO kini sudah ditolak oleh orang Melayu dan berharap akan dapat mempengaruhi keputusan PRK DUN Pelangai?
Sekiranya ini benar, adalah lebih baik Isham keluar dari UMNO secara bermaruah dari terus menjadi kluster pengkhianat UMNO yang baru.
Isham Jalil Cuba Membantu Kemenangan PN Di PRK Pelangai?
Di Syorkan Untuk Anda:
- PRK Pulai Dan Simpang Jeram Nafikan Kemaraan Gelombang Hijau
- Koleksi Kegagalan Muhyiddin Bertambah
- Siapa Di Belakang Isham Jalil?