Shahidan Kassim Kantoi Menipu Dalam Parlimen
Shahidan Kassim Kantoi Menipu Dalam Parlimen
Ahli politik Perikatan Nasional memang terkenal dengan sikap yang suka menipu.
Dan apabila tertangkap menipu, mereka memang bijak untuk memutarbelitkan kata-kata mereka untuk menyembunyikan penipuan mereka.
Selepas dilantik sebagai perdana menteri, Anwar Ibrahim, pernah berkata, Perikatan Nasional yang sering mendakwa mereka bersih, sebenarnya tidaklah sebersih mana.
Kata-kata Anwar terbukti benar apabila selepas kehilangan kuasa, seorang demi seorang pemimpin Perikatan Nasional diheret ke mahkamah.
Ada yang kerana salah guna kuasa.
Ada yang kerana rasuah dan pelbagai kesalahan lain lagi.
Tidak hanya pemimpin Perikatan Nasional sahaja, malah, keluarga dan kroni mereka juga turut diheret sama ke mahkamah.
Semalam, ahli parlimen Arau, Shahidan Kassim, secara terangan didapati menipu Dewan Rakyat.
Tujuan diadakan Persidangan Khas Dewan Rakyat adalah untuk menyemak penggal kedua RMK 12.
Tetapi yang menjadi perbahasan utama ahli politik Perikatan Nasional adalah mengenai keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan 47 pertuduhan ke atas DS Zahid.
Alasan yang mereka berikan adalah kerana kononnya rakyat semua hendak tahu, apakah alasan sebenarnya Jabatan Peguam Negara menghentikan prosiding perbicaraan.
Sebenarnya pihak Jabatan Peguam Negara sudah pun memberikan 11 alasan kenapa keputusan itu diambil.
Malah mantan Peguam Negara, Idrus Harun, sudah pun memberikan penjelasan rasmi.
Shahidan Menipu Dalam Parlimen
@acik.mantera
Tetapi isu ini terus dimainkan oleh Perikatan Nasional, sama ada di dalam mahu pun di luar Dewan Rakyat.
Paling memalukan apabila Shahidan Kassim, secara terang-terangan menipu Dewan Rakyat.
Selepas ahli parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, mendedahkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC), akan memanggil Peguam Negara untuk dapatkan penjelasan.
Perkara ini disahkan oleh pengerusi PSSC William Leong yang juga merupakan ahli parlimen Selayang.
Shaidan mendakwa kononnya beliau tidak tahu bahawa PSCC telah membuat keputusan tersebut.
Khoo Poay Tiong menempelak bagaimana Shahidan boleh mengatakan beliau tidak tahu sedangkan beliau adalah salah seorang dari ahli jawatankuasa tersebut.
Terdesak untuk menutup penipuan, Shahidan mengatakan, rakyat mahu tahu dan mendengar penjelasan dari Peguam Negara.
Penulis hairan, bagaimana Shahidan boleh mempertikaikan keputusan mahkamah sedangkan kes cabul kehormatan gadis bawah umur beliau pun digugurkan dengan cara yang sama.
Shahidan Kassim Kantoi Menipu Dalam Parlimen
Di Syorkan Untuk Anda:
- PRK Pulai Dan Simpang Jeram Nafikan Kemaraan Gelombang Hijau
- Koleksi Kegagalan Muhyiddin Bertambah
- Siapa Di Belakang Isham Jalil?