Penuntut warga Bangladesh ditemukan lemas di Tebingan Kuching

Penuntut warga Bangladesh ditemukan lemas di Tebingan Kuching

Penuntut warga Bangladesh ditemukan lemas di Tebingan Kuching
Anggota unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba semasa melakukan pencarian mangsa dilaporkan terjatuh berhampiran Masjid Terapung di Tebingan Kuching, petang tadi. NSTP/Melvin Joni

KUCHING: Seorang penuntut lelaki warganegara Bangladesh sebuah universiti swasta, di sini ditemukan mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Masjid Terapung di Tebingan Kuching, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat selepas menerima laporan kejadian itu jam 3.57 petang.

“Mayat mangsa berjaya dijumpai kira-kira jam 5.56 petang pada jarak tiga meter dari lokasinya dilaporkan jatuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Irfan Saddiq berusia 21 tahun dan berasal dari Bangladesh.



Penuntut warga Bangladesh ditemukan lemas di Tebingan Kuching

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button