“Cari titik pertimbangan bijaksana, bukan berkasar” – Ti Lian Ker

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Cari titik pertimbangan bijaksana, bukan berkasar" - Ti Lian Ker

Isu berkenaan bekalan beras tempatan telah menimbulkan polemik dalam isu antara pengeluar, pengilang, pembekal beras tempatan. 



Baru-baru ini, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh telah menaikmuat klip video beliau berusaha mendapatkan bekalan beras untuk dibekalkan kepada rakyat.

Dalam video tersebut, Akmal telah menyatakan akan membatalkan lesen pengilang beras sekiranya harga jualan beras tempatan tersebut tidak diturunkan sebagaimana yang ditetapkan kerajaan.

Ini menimbulkan kontroversi dan ditegur oleh Naib Presiden MCA, Dato Sri Ti Lian Ker. Akmal kemudiannya memberi respon teguran tersebut menerusi facebook beliau. 

Berikutan itu, kami di My-Tv.Online telah mendapatkan respon dari Ti Lian Ker sendiri.



"Cari titik pertimbangan bijaksana, bukan berkasar" - Ti Lian Ker
Dr Akmal Saleh

RESPON DATO SRI TI LIAN KER 


Ugutan dan paksaan bukanlah satu pendekatan Kerajaan Madani kerana dalam membuat sesuatu dasar dan penguatkuasaan , kita perlulah prihatin , bertimbang-rasa dan empatik kepada semua pihak dan bukannya stereotaip mereka kepada taukeh besar dan rakyat marhain.

Kesemua pihak mempunyai tekanan dan cabaran masing-masing pada masa ekonomi yang tidak ketentuan. Kita perlu menjaga industri, pengusaha dan pengguna dan keputusan kerajaan perlulah menjaga kelangsungan pengusaha dan industri secara arif supaya tiada mana-mana pihak dijadikan mangsa atau dikorbankan semata-mata mencari populariti rakyat sahaja.


Pengusaha juga ada tekanan kos , tangggungan pinjaman bank dan perkerja-pekerja dan sebagainya. Maka kita perlu berusaha mencari satu titik perimbangan secara bijaksana dan bukannya dengan cara kasar dan ugutan .

Saya juga dimaklumkan oleh pengilang kos memproses beras kini mencecah sekitar RM30 ke RM 31. Bagaimana pengilang mahu menjual beras pada kadar RM26?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button