Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula
Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula
Peluang Perikatan Nasional untuk mendirikan kerajaan tebuk atap di Putrajaya sudah boleh dianggap tertutup sama sekali.
Bermula dari keputusan PRU 15 tahun lepas, pelbagai usaha dilakukan oleh Perikatan Nasional untuk menafikan mandat rakyat.
10 ahli parlimen Barisan Nasional cuba dibeli dengan ‘scheme of things’ Perikatan Nasional, mereka hampir berjaya.
Tetapi ketegasan dan kebijaksanaan SPB YDP Agong dan strategi Barisan Nasional telah menggagalkannya.
Kemudian mereka cuba sekali lagi untuk membeli 15 ahli parlimen Barisan Nasional dengan cara yang sama.
Tetapi sekali lagi Perikatan Nasional kecewa kerana usaha mereka sekali lagi digagalkan.
Perikatan Nasional cuba pula menggunakan pilihanraya di 6 negeri sebagai referendum rakyat menolak Kerajaan Perpaduan.
Harapan mereka, sekiranya berjaya merampas Negeri Sembilan dan Selangor, maka ahli parlimen kerajaan akan dihasut supaya menarik balik sokongan.
Tetapi sekali lagi mereka gagal kerana keputusan pilihanraya di 6 negeri hanya mengekalkan statua quo.
Paling mengecewakan Perikatan Nasional, apabila YDP Agong secara terbuka bertitah bahawa baginda tidak akan layan sebarang usaha tebuk atap melalui SD.
Selamat Mencuba Kepada Perikatan Nasional
Secara keseluruhannya, Negeri Pahang mempunyai 42 Dewan Undangan Negeri.
Untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, sesebuah parti perlu menguasai sekurang-kurangnya 22 kerusi DUN Pahang.
Selepas PRU 15, gabungan PH/BN yang membentuk kerajaan negeri menguasai 25 kerusi DUN.
Dengan kematian ADUN Pelangai, PH/BN masih lagi mempunyai 24 kerusi DUN, jumlah yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.
Di andaikan, Perikatan Nasional berjaya merampas DUN Pelangai dalam PRK Pelangai, ini bermakna PH/BN mempunyai 24 kerusi DUN dan Perikatan Nasional mempunyai 18 kerusi DUN.
Juga kita andaikan Perikatan Nasional berjaya membeli 4 ADUN PH/BN, maka mereka sudah mempunyai SD yang cukup untuk menumbangkan kerajaan negeri.
Tetapi, sebagaimana di pusat, di Pahang, kuasa melantik menteri besar dan membubarkan DUN adalah prerogatif Sultan Pahang.
Sultan Pahang adalah YDP Agong sekarang dan raja yang sama bertegas tidak akan melayan sebarang usaha tebuk atap.
Memang sekarang jawatan Sultan Pahang kini dipangku oleh anakanda baginda.
Tetapi, sudah pasti anakanda baginda tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa merujuk kepada ayahanda baginda terlebih dahulu.
Adakah Perikatan Nasional fikir DYMM Al Sultan Abdullah akan merestui kerajaan tebuk atap di Pahang?
Tidakkah Perikatan Nasional terfikir, sekiranya mereka berjaya membeli ADUN PH/BN, baginda akan membubarkan DUN Pahang?
Jadi, celah mana yang boleh dikatakan Tuan Ibrahim akan menjadi menteri besar kita…😝😝😝
Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah
- Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS
- Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?