Stok beras di sekolah dikebas pencuri

Stok beras di sekolah dikebas pencuri

Stok beras di sekolah dikebas pencuri
BERAS di sebuah kantin sekolah dilarikan pencuri. FOTO KhaoSod

Bangkok: Pihak pentadbiran sebuah sekolah di Nakhon Ratchasima, Thailand, bingung selepas bekalan beras untuk makanan tengah hari pelajarnya, dikebas pencuri.

Kecurian itu berlaku di Sekolah Baan Nong Wa En, Bua Yai, baru-baru ini.

Suspek dilaporkan menceroboh masuk bilik simpanan beras sekolah itu dan menyebabkan hampir separuh daripada stok beras berkenaan, hilang.



Ia disedari oleh pembantu penjaga bangunan sekolah itu, Wanmanee Thongprom.

Katanya, beras yang dicuri itu untuk kegunaan makan tengah hari pelajar sekolah itu dan ia sumbangan daripada ibu bapa.

“Sebaik membuka bilik simpanan, saya terkejut apabila mendapati hampir separuh daripada 100 guni beras yang disimpan hilang.

“Saya harap pihak polis dapat tangkap pelaku dengan segera dan bawa ke mahkamah untuk mengelakkan kesusahan dan jenayah sama berulang di tempat lain,” katanya.



KhaoSod melaporkan, pemeriksaan di sekitar kawasan itu, menemukan kesan penjenayah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah individu yang melakukan jenayah itu.

Mereka dipercayai menggunakan pemotong untuk mengeluarkan siling zink tempat penyimpanan dan menyelinap masuk ke tempat simpanan beras itu.

Kesan tapak kaki dilihat pada tembok sekolah, selain beras bertaburan dari guni yang mungkin koyak.



Dua minggu lalu, insiden sama berlaku kepada seorang pemilik rumah di Isaan, Surin, yang mengalami kerugian akibat almari makanannya dilarikan pencuri.

Stok beras di sekolah dikebas pencuri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button