Drama Bersiri Arahan Muhyiddin

Drama Bersiri Arahan Muhyiddin

Drama Bersiri Arahan Muhyiddin

Satu ketika Muhyidin berlakun kononnya, sanggup mempertaruhkan jawatannya sebagai TPM untuk menegur gejala rasuah dalam 1MDB oleh DS Najib.

Tapi bagi orang Johor, mereka cukup kenal dengan Muhyidin.

Ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, apa yang dia tidak jual, tanya orang Johor.



Cuma angin dan tanah kubur sahaja yang selamat.

Masa Pak Lah menjadi Timbalan Presiden UMNO, Muhyidin adalah Naib Presiden UMNO paling kanan.

Tapi bila Pak Lah jadi perdana menteri, Pak Lah tidak lantik Muhyidin, sebaliknya lantik DS Najib jadi Timbalan Perdana Menteri.

Angan-angan Muhyidin untuk menjadi perdana menteri terkubur seketika waktu itu.



Peluang mula terbuka semula bila beliau dilantik menjadi timbalan perdana menteri apabila DS Najib menjadi perdana menteri.

Namun segalanya berakhir apabila beliau dipecat akibat kerakusan beliau sendiri.

Apabila PPBM ditubuhkan dan bergabung dengan Pakatan Harapan bagi berdepan PRU-14, Muhyidin sebenarnya sudah melobi Pakatan Harapan untuk jawatan PM.

Tetapi ditolak oleh Dr Mahathir.



Selepas Pakatan Harapan berjaya bentuk kerajaan pasca PRU-14, Muhyidin merajuk dan tak mahu masuk kabinet, tambah pula beliau sakit.

Anwar Ibrahim pujuk Muhyidin untuk masuk kabinet.

Seperti kata Tengku Razaleigh, Muhyidin pemalas, tidak ada idea kecuali idea dan usaha untuk capai impian menjadi perdana menteri.

Sebab itu di era PH 1.0, KDN lemah sebab Muhyidin tidak buat kerja.



Sebaliknya sibuk atur untuk tebuk atap.

Zaman beliau pimpin KDN pelbagai kes berlaku termasuk kes arwah Adib.

Sehingga akhirnya berlaku langkah Sheraton dan Muhyidin berjaya menjadi perdana menteri.

Masa ini Muhyidin tanamkan naratif kononnya beliau adalah hero sebab berjaya runtuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang ada DAP.



Kenapa Muhyiddin Di Pecat Dari UMNO

Kemudian, pecah tembekang berkenaan apa sebenarnya berlaku semasa Muhyidin jumpa DS Najib yang menyebabkan Muhyidin dipecat.

Sebenarnya bukan sebab sangat Muhyidin hendak lawan dan benci rasuah.

Tetapi sebenarnya Muhyidin cuba tekan DS Najib atas isu 1MDB dan minta DS Najib lepaskan jawatan dan dia hendak jadi perdana menteri.

Itulah sebenarnya matlamat Muhyidin, hanya hendak menjadi perdana menteri, walaupun beliau sedar, beliau tidak ada kekuatan dan kecekapan.



Kekuatan Muhyidin yang dijumpai secara tidak sengaja ialah baca doa sedih ala Dasuki.

Team Muhyidin dengan pantas mengulang-ulang doa tersebut.

Kemudianya mereka meletakkan panggilan Abah yang menjadikan Muhyidin dekat dengan orang Melayu.

Muhyidin bukan sahaja tidak cekap menguruskan negara malah terlibat dalam kes-kes sakau.

Hanya beberapa bulan memerintah, kerajaan Muhyidin terpalit dengan isu rasuah.

Muhyidin sendiri didakwa di mahkamah.

Anak Muhyidin bayar duit pada Pegawai SPRM untuk elak ditangkap rasuah.

Menantu Muhyidin lari keluar negara kerana dikejar SPRM juga atas isu rasuah.

Kini terbaru, peguam Muhyidin disiasat SPRM kerana isu ‘sakau wang sakau’ iaitu dikatakan ambil komisyen duit rampasan 1MDB.

Senang cerita, ingat Muhyidin, ingat rasuah.

Tetapi peliknya ini lah pengerusi Perikatan Nasional dan calon perdana menteri bagi Perikatan Nasional.

Sebenarnya PAS bukan tidak sedar kelemahan Muhyidin, tapi mereka seronok tunggang Muhyidin selagi boleh.

PAS sendiri sedang siapkan plan untuk kuasai kerajaan persekutuan dan perdana menteri dari PAS pada tahun 2050.

Lebih kurang 27 tahun dari sekarang.

Sampai bila Muhyidin ditunggang?

Dan sampai bila Muhyidin boleh bertahan dengan segala macam isu rasuah?

Yang penting rakyat mesti mampu melihat bahawa insan bernama Muhyidin ini adalah bencana buat negara.

Muhyidin, Dr Mahathir dan Hadi MESTI ditolak rapat ke dinding agar mereka tidak lagi dalam arena politik Malaysia.

Semoga dengan itu politik dan negara kita lebih stabil dan baik.

 

Drama Bersiri Arahan Muhyiddin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button