Pemandu maut lori terjunam ke dalam gaung di LATAR
Pemandu maut lori terjunam ke dalam gaung di LATAR

RAWANG: Seorang pemandu lori terbunuh selepas selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam gaung di Kilometer (KM) 28.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), dekat sini, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu jam 5.24 petang.
“Sepasukan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami dimaklumkan mengenai kemalangan membabitkan sebuah lori tangki minyak yang terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira enam meter,” katanya dalam satu kenyataan, petang tadi.
Ahmad Mukhlis berkata mangsa yang berusia 50an itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat parah selepas tercampak dari lori yang dipandunya itu.
Pemandu maut lori terjunam ke dalam gaung di LATAR
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?
- KJ & Ismail Sabri Jumpa Najib Untuk Keringkan Peluh Siapa?
- Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :