‘Keadaan di Gaza sekarang antara hidup dan mati’

‘Keadaan di Gaza sekarang antara hidup dan mati’

'Keadaan di Gaza sekarang antara hidup dan mati'
PENDUDUK beratur untuk mendapatkan bekalan air di kem pelarian Rafah. FOTO AFP

Geneva: Dua juta penduduk di Gaza kini berdepan ancaman bahaya ekoran hampir kehabisan bekalan air, menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu.

“Keadaan sekarang ini antara hidup dan mati. Bahan api perlu dihantar segera ke Gaza untuk membolehkan air dibekalkan kepada dua juta penduduk.

“Sudah seminggu tiada bekalan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza,” kata Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.



Penduduk terpaksa menggunakan air kotor dari perigi selepas loji air Gaza dan rangkaian air awam berhenti berfungsi dan keadaan ini akan meningkatkan risiko jangkitan penyakit bawaan air.

Beliau berkata Gaza juga mengalami gangguan bekalan elektrik sejak Rabu, yang turut menjejaskan bekalan air.

Bekalan air minum turut kehabisan di selatan Gaza, tempat ribuan penduduk mencari perlindungan.

“Dalam tempoh 12 jam, ribuan penduduk hilang tempat tinggal. Penduduk terpaksa berpindah ke selatan Gaza.



“Hampir sejuta orang sudah meninggalkan rumah masing-masing dalam tempoh seminggu,” kata Lazzarini.

‘Keadaan di Gaza sekarang antara hidup dan mati’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading