Ribuan di London, New York bersolidariti untuk Palestin

Ribuan di London, New York bersolidariti untuk Palestin

Ribuan di London, New York bersolidariti untuk Palestin
PENDUDUK berarak di Regent Street bersama plakad menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin di London, semalam. FOTO AFP

London: Ribuan menyertai tunjuk perasaan pro-Palestin di London semalam, menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan menuntut penamatan segera serangan udara Israel ke atas Gaza.

Jalan-jalan di bandar itu dibanjiri lautan penunjuk perasaan yang berselimutkan bendera Palestin, sambil memegang sepanduk bertulis “Free Palestine,” lapor Agensi Anadolu.

Duta Palestin ke United Kingdom (UK) Husam Zomlot berkongsi video tunjuk perasaan itu di X.



Ribuan di London, New York bersolidariti untuk Palestin
BENDERA Palestin dan sepanduk menuntut kebebasan buat Palestin di kota London. FOTO AFP.

Israel tidak menghiraukan gesaan antarabangsa supaya menghentikan serangan yang setakat ini telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk di Gaza, termasuk kanak-kanak dan wanita sejak 7 Okt lalu.

Sementara itu di New York, Al Jazeera melaporkan ribuan berhimpun di bandar besar itu melaungkan ‘Bebaskan Palestin’ dan menyeru supaya pendudukan haram Israel di bumi Palestin ditamatkan.

Beberapa blok Times Square dipenuhi dengan penunjuk perasaan yang kebanyakannya golongan muda dan video menunjukkan berpuluh orang lagi berdemonstrasi di hadapan rumah Senator Demokrat Chuck Schumer di Brooklyn pada Jumaat, untuk menuntut gencatan senjata ketika beliau bersiap untuk ke Israel dengan delegasi penggubal undang-undang.



New York City juga menyaksikan demonstrasi balasan pada Jumaat dengan penunjuk perasaan pro-Israel turun ke jalanan, malah ada yang dilihat bertengkar dengan penyokong Palestin.

Himpunan itu sebahagian besarnya berakhir aman, namun beberapa orang dilapor ditangkap termasuk di hadapan rumah Schumer ketika polis cuba menyuraikan orang ramai.

Ribuan di London, New York bersolidariti untuk Palestin
ORANG ramai menyertai demonstrasi Pro-Palestin di New York, semalam. FOTO AFP.

Ribuan di London, New York bersolidariti untuk Palestin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button