Wei Chong-Kai Wun bangkit mara ke final Terbuka Arctic

Wei Chong-Kai Wun bangkit mara ke final Terbuka Arctic

Wei Chong-Kai Wun bangkit mara ke final Terbuka Arctic
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menempah final ketiga mereka musim ini selepas mara ke perlawanan akhir Terbuka Arctic di Vantaa, Finland.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menampilkan semangat juang tinggi apabila mara ke perlawanan akhir pada kejohanan badminton Terbuka Arctic di Vantaa, Finland.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung awal pagi tadi, gandingan No.23 dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencatat kemenangan 19-21, 21-19, 21-19 ke atas wakil Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dalam tempoh lebih sejam.

Kemenangan itu menyaksikan Wei Chong-Kai Wun kini berpeluang untuk meraih gelaran kedua mereka pada saingan musim ini selepas muncul juara pada saingan Terbuka Taiwan yang berlangsung Jun lalu.



Kemaraan Wei Chong-Kai Wun sekali gus menyaksikan tiga wakil Malaysia bakal beraksi di pentas final hari ini selepas dua perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong akan bertemu sesama sendiri.

Menanti beregu lelaki negara di perlawanan akhir nanti adalah satu lagi pasangan Denmark, iaitu Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang menyingkirkan beregu veteran Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-12. – KOSMO! ONLINE

Wei Chong-Kai Wun bangkit mara ke final Terbuka Arctic


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button