Wajarkah Kerajaan Haramkan TikTok?

Wajarkah Kerajaan Haramkan Tiktok

Wajarkah Kerajaan Haramkan TikTok?

Kehadiran sosial media di Malaysia merupakan satu lambang kebebasan bersuara di Malaysia.

Namun begitu, kebebasan suara tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menebarkan jarum hasutan.

Tidak ada satu negara di dunia yang akan membenarkan hak kebebasan bersuara untuk menimbulkan perpecahan.



Apa lagi jika kebebasan bersuara digunakan untuk menentang dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Baru-baru ini timbul isu mengenai Tiktok yang didakwa telah bertindak bertentangan dengan dasar dan pendirian kerajaan mengenai isu Palestin.

Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil, telah memanggil pengurusan TikTok untuk memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurut Fahmi, terdapat bukti penyedia platform media sosial TikTok secara sistematik telah menurunkan kandungan berkaitan konflik Palestin-Israel dari Malaysia.



Pengguna platform telah mengadu kepada SKMM bahawa kandungan dan siaran langsung yang dimuat naik mereka telah diturunkan atau disekat.

Ini termasuk mengenai ucapan perdana menteri, Anwar Ibrahim pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin.

“Saya bagi contoh, satu kandungan itu ucapan perdana menteri berserta dengan beberapa gambar dari Gaza”.

“Berdasarkan maklum balas dari pihak TikTok mereka mengatakan ada gambar keganasan”.



“Tetapi bila saya teliti balik kandungan itu, ia adalah seorang ayah yang mengangkat mayat anaknya yang diselimut”.

“Tidak ada gambar darah, tidak ada yang orang kata macam yang menggerunkan”.

“Bagi saya, ini tak masuk akal”.

“Saya sangat-sangat marah dengan pihak TikTok”.



“Kita telah memberi satu mesej yang kalau bagi saya mereka tak faham ini, kita kena fahamkan mereka,” katanya.

Pihak pengurusan TikTok WAJIB menghormati pendirian kerajaan dan pendirian majoriti rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia pernah hidup dalam keadaan yang cukup selesa sebelum kehadiran TikTok.

Sekiranya TikTok tidak tahu menghormati pendirian rakyat, tidak ada masalah rakyat untuk hidup tanpa TikTok.



Seperti kata Fahmi, sekiranya TikTok tidak faham dengan bahasa yang kita gunakan, maka sudah sampai masanya kita gunakan bahasa yang mereka fahami.

Wajarkah Kerajaan Haramkan TikTok?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button