Budak 7 tahun maut, bayi parah kereta dipandu ibu terbabas di Merapoh

Budak 7 tahun maut, bayi parah kereta dipandu ibu terbabas di Merapoh

Budak 7 tahun maut, bayi parah kereta dipandu ibu terbabas di Merapoh
Kemalangan di Kilometer 57, Jalan Lipis ke Merapoh, Central Spine Road menyebabkan seorang budak 7 tahun maut ketika dirawat di Hospital Lipis. – Foto IPD Lipis

LIPIS : Seorang budak lelaki tujuh tahun maut dan bayi enam bulan cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Lipis ke Merapoh, Central Spine Road (CSR) dekat sini, semalam.

Budak berkenaan meninggal dunia jam 12.05 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu ibu mangsa berusia 32 tahun hilang kawalan ketika di tempat kejadian dan merempuh besi penghadang kiri jalan jam 6.00 petang, semalam.



Turut berada dalam kereta ialah bapa pemandu berusia 60 tahun, adiknya berusia 23 tahun dan empat anak berusia antara 6 bulan hingga 7 tahun dalam perjalanan dari Pasir Puteh, Kelantan ke Kuala Lumpur.

“Akibat kemalangan itu, anak pemandu berkenaan dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh dan terus dihantar ke Hospital Lipis untuk rawatan,” katanya hari ini.

Menurut Azli, polis mendapat maklumat budak tujuh tahun meninggal dunia di Hospital Lipis jam 12.05 pagi ketika menerima rawatan.

“Seorang lagi anak pemandu kereta berusia 6 bulan cedera parah manakala bapa dan dua anak lain tidak cedera. Pemandu dan adiknya berusia 23 tahun juga tidak cedera.



Budak 7 tahun maut, bayi parah kereta dipandu ibu terbabas di Merapoh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Akan Ada Berita Baik Untuk Najib Dari Istana Negara?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button