Ditahan kerana curi maklumat kad kredit dari laman web sah
Ditahan kerana curi maklumat kad kredit dari laman web sah
Tokyo: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan di barat Jepun pada Rabu kerana disyaki mencuri maklumat kad kredit daripada laman web yang sah, menjadikannya siasatan kes jenayah pertama negara itu terhadap dakwaan mencuri data sesawang, lapor media tempatan.
Suspek yang dikenali sebagai Sho Okuma, dipercayai telah memasukkan kod komputer di laman sesawang sah berkaitan muzik untuk tujuan jahat dan secara tidak sah bagi memperoleh maklumat pembayaran tiga pelanggan dari Wilayah Kyoto.
Ketiga-tiga pelanggan itu mengakses laman berkenaan untuk membeli barangan antara Oktober dan November tahun lepas, lapor Xinhua memetik laporan berita Kyodo.
Tidak seperti penipuan memancing data, di mana mangsa dilencongkan ke tapak sesawang palsu dan diminta memasukkan maklumat peribadi, mencuri data sesawang ini melibatkan perbuatan mengeluarkan data melalui tapak sesawang yang sah dania sukar dikesan, menurut laporan itu.
Okuma berkata beliau menemui laman web yang menerima pembayaran kad kredit dan mencuri maklumat itu dengan menyuntik kod berniat jahat ke dalam laman sesawang itu “kerana ingin tahu”, menurut polis.
Ditahan kerana curi maklumat kad kredit dari laman web sah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap Pemimpin Liga Arab – Islam Mengecewakan Dunia Islam
- Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :