Bapa Vokalis Jinbara Meninggal Dunia
Bapa Vokalis Jinbara Meninggal Dunia
Bapa kepada vokalis kumpulan Jinbara, Along iaitu Ahmad Shamsi Seri meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya, petang semalam.
Allahyarham berusia 69 tahun meninggal dunia jam 6.45 petang ketika menjalani rawatan kemoterapi susulan menghidap kanser hati tahap empat.
Rakan Along, Mohamed Iqbal Khalid, 50, berkata jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 37 Darat, Sabak Bernam.
Dalam pada itu, Mohamed Iqbal turut memaklumkan Along atau nama sebenar Syah Nizam Ahmad Shamsi sempat menziarahi Allahyarham di IKN.
“Apabila mendengar perkhabaran bapanya sudah tiada, Along hanya mampu menitiskan air mata”.
“Namun dia bersyukur kerana sempat bertemu Allahyarham buat kali terakhir petang kelmarin,” katanya.
Untuk rekod, Along sudah menjalani pembedahan mengeluarkan cecair di otak dan menebuk tekak, pada September lalu.
Terdahulu, vokalis kumpulan Jinbara itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana tidak sedarkan diri selepas mengadu pening dan muntah.
Salam takziah kita ucapkan kepada Along Jinbara kerana kehilangan orang tersayang.
Muga Along dan keluarga tabah menerima dugaan.
Bapa Vokalis Jinbara Meninggal Dunia
Di Syorkan Untuk Anda:
- PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah
- Beranikah Siti Mastura Saman BN Comms?
- Lim Guan Eng: BN Tidak Tahu Ada Buku Yang Di Dakwa Siti Mastura