Bukan Melayu Boleh Jadi PM Kalau…
Bukan Melayu Boleh Jadi PM Kalau…
Rupa-rupanya dalam diam, Dr Mahathir dan Lim Kit Siang, sehati sejiwa, seiya sekata mengenai isu bukan Melayu boleh jadi perdana menteri Malaysia.
Ini diakui sendiri oleh Lim Kit Siang dalam apa yang beliau katakan sebagai sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.
Tidak kiralah apa pun yang didakwa oleh Lim Kit Siang, tetapi bagi penulis, ini bukan kali pertama Dr Mahathir dan Lim Kit Siang senada.
Bukankah mereka pernah berada dalam satu gabungan parti politik di era Pakatan Harapan 1.0 memerintah negara.
Jadi, sudah pasti ini bukan kali pertama mereka berkongsi pendapat yang sama.
Sudah pasti banyak perkara lain yang mereka sependapat, cuma mungkin ianya tidak dihebahkan kepada umum.
Tapi jangan terkejut kalau penulis katakan bukan Dr Mahathir dan Lim Kit Siang sahaja yang bersetuju dengan isu tersebut.
PAS juga rupanya mempunyai pendirian yang sama.
Sampai sanggup menggubal Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan bagi membolehkan bukan Melayu menerajui kepimpinan pentadbiran.
Tapi sudah pastilah ianya hanya di peringkat negeri.
Juga sudah pastilah PAS akan mengatakan dalam konteks mereka, hanya bukan Melayu yang beragama Islam sahaja yang layak.
Biasalah, parti Melayu Isley kan…
Realitinya, dari sudut perlembagaan, tiada halangan untuk bukan Melayu menjadi perdana menteri.
Cuma dari sudut politik dan kestabilan, seperti yang diakui oleh Lim Kit Siang, sukar untuk bukan Melayu menjadi perdana menteri tanpa sokongan orang Melayu.
Maksudnya apa?
Maksudnya Lim Kit Siang sedar penduduk majoriti negara ini adalah Melayu, walau pun kelebihan peratusannya tidak terlalu tinggi.
Jadi mungkin Lim Kit Siang mahu supaya orang Cina beranak banyak-banyak.
Tapi itulah masalahnya, ahli politik DAP sendiri tidak ada banyak anak, malah ada yang tidak berkahwin walau pun sudah bertaraf Andalusia.
Kalau kahwin pun tak nak, macam mana nak ada anak dan macam mana orang bukan Melayu nak jadi perdana menteri?
Bukan Melayu Boleh Jadi PM Kalau…
Di Syorkan Untuk Anda:
- Tok Mat Hasan Tukar Kementerian, Orang Lain Kepanasan
- Kenapa Hadi Tolak Pelawaan Damai Anwar
- Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Buat Siti Mastura
- Kapal Israel Di Larang Berlabuh Di Pelabuhan Seluruh Malaysia
- Tekanan Jiwa Kini Menjadi Wabak Kepada Rakyat Malaysia