Selepas Lim Kit Siang Dan Tan Kok Wai, Tony Pua Pula Serang Kerajaan Perpaduan

Selepas Lim Kit Siang Dan Tan Kok Wai, Tony Pua Pula Serang Kerajaan Perpaduan

Selepas Lim Kit Siang Dan Tan Kok Wai, Tony Pua Pula Serang Kerajaan Perpaduan

Selepas 2 orang pemimpin berpengaruh dalam DAP melakukan serangan terhadap Kerajaan Perpaduan, kini giliran pemimpin yang semakin sendu pula.

Sebelum ini Lim Kit Siang cuba menimbulkan ketegangan hubungan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dengan isu bukan Melayu menjadi perdana menteri.

Kemudian, ianya disambut pula oleh Tan Kok Wai dengan isu pilihanraya PBT.



Alasan yang digunakan oleh Tan Kok Wai adalah kerana ianya ada dalam manifesto Pakatan Harapan pada PRU 14.

Nasib baik dia tidak gunakan apa yang ada dalam manifesto DAP dalam PRU pertama.

Kini giliran pemimpin yang semakin sendu pula cuba menimbulkan kotroversi.

Tony Pua dilihat memperlekehkan kenyataan Sultan Johor yang juga bakal YDP Agong mengenai projek HSR.



Baginda Sultan Johor dengan jelas menzahirkan permintaan baginda supaya projek HSR dihidupkan kembali.

Tidak dapat kita nafikan, sekiranya projek HSR dilaksanakan semula, negara akan mendapat pelbagai munafaat, terutamanya dari sudut ekonomi.

Idea DS Najib Yang Memberikan Impak Positif Kepada Negara Dan Rakyat

Projek HSR yang diilhamkan oleh DS Najib dapat memberikan munafaat yang besar kepada negara dan rakyat.

Pelbagai industri hiliran dapat dibangunkan di stesen HSR yang ada di sepanjang laluan HSR.



Ianya juga akan menaikkan nilai tanah di kawasan berkenaan yang sudah pasti akan memberikan keuntungan kepada rakyat.

Industri pelancungan juga akan dapat dirancakkan dengan memendekkan waktu perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur.

Ianya pasti akan mengukuhkan nilai Ringgit apabila permintaan matawang Ringgit menjadi tinggi ekoran dari kerancakan industri pelancungan.

Pelbagai peluang pekerjaan di bidang pelancungan dan perhotelan akan wujud dan memberikan munafaat kepada rakyat.



Kalau hendak disenaraikan, terlalu banyak munafaat kepada negarab dan rakyat dan ianya tidak hanya memendekkan waktu perjalanan.

Tetapi Tony Pua mendakwa, lebih baik dana untuk melaksanakan semula projek HSR digunakan untuk tambang percuma penerbangan kepada rakyat Malaysia ke Singapura.

Idea pra matang Tony Pua sememangnya dapat memendekkan waktu perjalanan, tetapi apa impaknya kepada negara dan rakyat dari sudut ekonomi.

Dan berapa ramai rakyat Malaysia yang akan mendapat munafaatnya.



Projek HSR dapat menarik pelancung luar ke negara, tetapi Tony Pua mahu supaya rakyat Malaysia berbelanja di Singapura.

Sekiranya direalisasikan idea pra matang Tony Pua, lambakan Ringgit akan berlaku di pasaran matawang antarabangsa.

Sudah pasti ianya akan terus melemahkan nilai Ringgit dan kesan langsungnya akan pergi kepada rakyat.

Patutlah ekonomi negara hancur sewaktu Tony Pua menjadi penasihat khas kepada Menteri Kewangan di era Pakatan Harapan 1.0.



Macam manalah manusia macam ini boleh dilantik sebagai pakar strategi DAP.

Selepas Lim Kit Siang Dan Tan Kok Wai, Tony Pua Pula Serang Kerajaan Perpaduan

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button